Salamun alaikum dan Selamat Datang


 

Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat

 

Bacaan, atau Qur'an dalam bahasa Arab, adalah sebuah buku terjemahan al-Qur’an yang ditulis secara jujur, dengan menterjemahkan tiap-tiap perkataan seperti yang diertikan di dalam kamus Arab, lexicon atau concordance, dan tanpa pengaruh mana-mana ajaran tafsir (pendapat) ulama Sunni mahupun Syiah.

Di samping Bacaan, laman ini memaparkan tulisan-tulisan penulisnya dan penulis-penulis lain, yang sefahaman atau sebaliknya, selain beberapa ruangan yang turut menarik seperti yang tercatat di Kandungan. Kesemuanya disediakan agar para pelayar dapat dirangsang untuk membaca al-Qur'an dengan memahami kandungannya.

Pun begitu, janganlah baca tulisan-tulisan di laman web ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan sahaja.

Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran al-Qur’an, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini. Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal." (6:33)

Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila datang lagi. Terima kasih.

Tulis kepada Pengurus Laman

Tarikh Pelancaran:
Isnin, 1 April 2002 - 18 Muharam 1423

 

 

"Yang mengajar dengan pena" 
(96:4)

Kandungan:

Terkini
16 Feb 2014

Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis
dan
English Articles