Respon 10 Tahun E-Bacaan (2)

 

From: uncleseekers
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, February 29, 2012 1:13 PM
Subject:
Cinta Februari


Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang pegangan buang saudara
Kerana AYATNYA hamba turutkan

Makan cempedak didalam hutan
Bersama dengan sibuah hati
Bila E-Bacaan kirimkan coretan
Menggigil seluruh sendi ini

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari E-Bacaan turun ke hati


Salamun alaikum,

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.

Selamat kembali US! Kami dan ramai sahabat di sini tertunggu-tunggu coretan anda yang sudah lama tidak terbit. Kami ingin memuji lagi, tapi budi bahasa anda buat kami tergamam, lalu hanya yang dapat dilahirkan ialah ucap ribuan terima kasih sahaja.


Takut adalah perhiasan yang indah dipakai dalam percayai-Nya. Kerana Dia suruh, menyuruhnya dengan banyak sekali, dan satu daripadanya berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan jangan kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)

Sekian yang dapat ditulis kali ini. Ingin berehat pulak.


Allah disanjung!


1 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman