Respon 10 Tahun E-Bacaan (13)

 


From: syed muhammad
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Cc:
Sent: Thursday, March 15, 2012 12:16 AM
Subject: 10 tahun


<dipadam>

Salamun'Alaikum tuan pengurus laman,

Terima kasih. Selepas saya mengenali E-Bacaan ini , yang gelap jadi terang.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih Habib (nama panggilannya seperti difahamkan daripada bapanya), seorang yang kami anggap paling muda menulis di sini, bukan kerana dia panggil kami "atuk"! Tiada bapa atau datuk yang tidak gembira melihat anak atau cucunya sudah pandai memahami dan ikut Kitab.

Gelap dan terang atau cahaya adalah bahasa Kitab yang digunanya. Sehubungan itu, izinkan atuk turunkan beberapa ayat mengenai maksud gelap (seperti Habib maksudkan) buat renungan kita bersama:


5:16. Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

6:39. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan bisu, dalam kegelapan. Sesiapa Allah hendak, Dia sesatkan, dan sesiapa Dia hendak, Dia letakkannya di atas jalan lurus.

13:16. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah." Katakanlah, "Adakah kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka sendiri?" Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?" Atau, adakah mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa kepada mereka? Katakanlah, "Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki."
(Satu contoh ciptaan sekutu Allah ialah kitab untuk dijadikan petunjuk dalam agama.)

14:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu supaya kamu keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Pemelihara mereka ke jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

Si muda sudah jadi terang, tapi si lebih tua yang masih gelap di luar sana bila pula?

Allah disanjung!


16 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman