Perkataan sunnah Nabi, ijmak dan kias
(berkaitan keratan akhbar 15 Julai 1995)
Perkataan-perkataan seperti sunnah Nabi, ijmak dan kias kelihatan seperti keramat, atau menjadi seperti rukun iman atau Islam - tidak percaya kepadanya bermakna menjadi sesat atau anti-Islam - tetapi sayangnya, tidak disebut di dalam al-Qur'an.
Allah tidak menyebut perkara-perkara tersebut, lantas Dia tidak menganjurkannya. Maka mereka adalah hanya ajaran habr zaman dahulu.
Jangan sangka Tuhan terlupa menyebut perkara-perkara tersebut ("Kami tidak mengalpakan sesuatu di dalam al-Kitab" - 6:38) memandangkan ajaran-Nya yang begitu tepat, terperinci dan jelas hingga ke, misalannya, nombor-nombor pecahan pun disebut-Nya. Contoh, adalah ayat mengenai pembahagian harta pesaka, berbunyi:
"... Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa yang kamu meninggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa yang kamu meninggalkan, satu per lapan ..... Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga ..." (4:12)
Atau, Dia tidak juga lupa mengajar perkara-perkara yang jauh lebih ringan daripada apa yang dikatakan wajib seperti yang diada-adakan oleh habr itu. Sebagai contoh ialah adab masuk bilik tidur ibu bapa bagi anak-anak dan "hamba" pada tiga waktu aurat:
"... hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu ...
"Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka meminta izin seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana" (24:58-59).
Sekiranya Allah mahukan manusia beriman kepada sunnah Nabi, ijmak dan Kias tentu Dia telah menyebutnya dengan jelas di dalam al-Qur'an, iaitu Kitab yang memberi petunjuk kepada jalan paling lurus.
Maka orang yang mengikuti agama Allah tidak harus menuruti apa yang dikatakan ulama palsu seperti sunnah Nabi, ijmak dan Kias.
Halaman Utama Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman