Debu dalam Suci II
di Berita Harian,
1 Jun 1996, muka 2
Bukan antihadis - itu gelaran yang buruk. Allah melarang memberi gelaran buruk kepada orang lain. Takutilah Dia. Kalau nak gelar pun, gelarlah dengan nama Ahlul al Qalam seperti pada zaman Imam Shafie dulu. Itu lebih "friendly".
Debu dalam Suci dikatakan mengecam. Bagaimana pula dengan "Antihadis: Lemas dalam Sejengkal Air"?
Masalah yang dihadapi adalah yang bersandar pada iman. Artikel tersebut tidak akan mengubah iman seseorang selagi dia tidak membaca al-Qur'an. Begitu juga dengan buku Nakhaie Ahmad, tidak dapat mengubah iman orang yang sudah membaca dan mentaati ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an.
Kerana itu Allah menegaskan tidak ada paksaan dalam agama. Hanya Dia yang mengadili dan menghukum. Lantas, janganlah dipaksa sesiapa jua untuk menuruti agama seperti amalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Nama itu tidak disebut di dalam al-Qur'an.
Ke laporan akhbar pertama mengenai Debu dalam Suci
Halaman Utama Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman