Berbuat Baik

 

Kitab-Kitab yang diturunkan Allah adalah lengkap sebagai petunjuk, dengan mengandungi penjelasan bagi segala sesuatu. Mereka didapati sempurna apabila diikuti oleh orang-orang yang ingin berbuat baik, dan menjadi bertakwa, supaya dikasihani oleh-Nya. Demikian penjelasan daripada al-Qur'an yang diberkati dengan ayat-ayat berbunyi,

"Kemudian Kami memberikan Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang berbuat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka mempercayai pertemuan dengan Pemelihara mereka. Ini (al-Qur'an) ialah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani." (6:154-155)

Atas keyakinan bahawa al-Kitab itu sempurna, dan penjelasan bagi segala sesuatu serta petunjuk, maka ia dirujuk satu-satunya untuk memahami maksud Allah yang sebenar mengenai amalan-amalan yang dikatakan berbuat baik dan mengenali orang-orangnya. Lantaran itu kalimat paling sesuai untuk dijadikan petunjuk telah dikenal pasti dan ayat-ayat mengandunginya telah pun dikumpul. Kalimat yang dimaksudkan ialah ahsana dan terbitannya, yuhsinu, ahsin, ihsan dan muhsin, atau baik, buat baik, orang-orang buat baik, dan sebagainya, setelah diterjemahkan. Ayat-ayat mengandungi mereka dapat dibaca di sini.

Daripada ayat-ayat mengandungi kalimat tersebut, dapat difahamkan tentang maksud Allah mengenai berbuat baik, dan segala amalan yang dikatakan demikian disimpulkan di sini dengan ringkas, menurut kronologi. Senarai bermula dengan menyebut dua amalan iaitu:

Maklumat lanjut mengenai nafkah dalam ayat berbuat baik selanjutnya adalah:

 

Senarai amalan buat baik diteruskan dengan menyebut perkara berkaitan penceraian:

Dalam penceraian, penahanan dan pelepasan adalah dibuat dengan baik. Firman-Nya,

 

Kemudian selepas itu perang pula disebut. Perbuatan baik di dalamnya adalah:

Penjelasan mengenai berbuat baik dalam berperang ditambah dengan:

Apa yang dikatakan berjuang untuk Allah boleh juga dikaitkan dengan berperang, iaitu suatu perbuatan yang disifatkan baik:

 

Senarai amalan buat baik ditambah dengan amalan:

 

Percaya (kepada ayat-ayat Allah) pula disebut sebagai amalan berbuat baik yang menyusul:

Tentang percaya, ditambah satu lagi:

 

Amalan buat baik seterusnya menyentuh mengenai seru atau seruan:

Satu lagi ayat mengenai seru terdapat jauh di hadapan iaitu:

 

Solat pula disebut sebagai amalan berbuat baik:

Dan lagi,

 

Diteruskan dengan menyebut amalan takwa dan sabar dalam senarai berbuat baik:

Lagi mengenai bertakwa dan sabar:

 

Dan tiga amalan berbuat baik yang akhir adalah:

 

Yang diakhirkan itu tidak bermakna kurang penting! Amalan berbuat baik telah juga digabungkan dengan beberapa amalan lain, seperti berikut:

Terdapat satu lagi ayat di mana amalan berbuat baik digabung dengan amalan percaya dan bertakwa. Ayat ini menyebut mengenai apa yang dimakan oleh orang yang percaya dan membuat kerja kebaikan. Pada hemat penulis, apa yang dimakan itu adalah sesuatu yang diharamkan atau disuruh supaya dijauhi seperti daging babi atau minum arak yang kekadang terpaksa dimakan atau diminum. Ayat berbunyi,

 

Beralih kepada orang-orang yang harus dibuat baik pula. Al-Qur'an telah menetapkan mereka seperti berikut:

Sebutan mengenai berbuat baik kepada ibu bapa terdapat disebut lagi dan ayatnya berbunyi,

 

Orang-orang berbuat baik, atau yang bertakwa, dibalas dengan yang paling baik di akhirat. Ayat-ayat berikut menjelaskan:

"Dan Allah menyeru ke tempat kediaman kesejahteraan; Dia memberi petunjuk kepada siapa Dia mengkehendaki pada jalan lurus. Bagi orang-orang berbuat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itulah orang-orang Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya." (10:25-26)

"Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang bertakwa. Mereka mendapati apa sahaja mereka mengkehendaki di sisi Pemelihara mereka; itulah balasan ke atas orang-orang berbuat baik, Supaya Allah melepaskan daripada mereka yang paling jahat mereka telah buat, dan membalas mereka dengan upah paling baik daripada apa mereka buat." (39:33-35)

"Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air, Dan buah-buahan seperti mereka menginginkan. 'Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa yang kamu telah buat.' Begitulah Kami membalas orang-orang berbuat baik." (77:41-44)

 

Pun begitu, terdapat manusia yang sesat tetapi menyangka mereka berbuat perbuatan baik. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Ayat-ayat berikut menerangkan dengan lebih lanjut:

"Katakanlah, 'Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi paling rugi dalam amalan mereka? Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan. Itulah balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan." (18:103-106)

 

Demikian itu adalah amaran. Mengenai berita gembira pula, ia adalah ke atas orang-orang berbuat baik. Berita gembira diterima daripada Kitab Allah, al-Qur'an, yang mereka jadikan imam dalam kehidupan mereka, iaitu satu-satunya imam yang pasti menjadikan mereka orang-orang yang berbuat baik. Firman Allah,

"Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini (al-Qur'an) sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang berbuat baik." (46:12)


Allah disanjung!

Penulis Bacaan
17 Mei 2011

Artikel / English Articles

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim  
Sudut Pelajar

Tulis kepada Pengurus Laman