Kaitan antara Mekah dengan ibadah Haji

 

Nama Mekah disebut di dalam sebuah ayat. Ayat-ayat yang menyusulinya pula didapati mengandungi beberapa peribadatan yang dilakukan dalam Haji, dan akhirnya nama Nabi Muhammad disebut. Ayat-ayat itu adalah seperti berikut:

“Dia yang menahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di perut MEKAH, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah melihat apa yang kamu buat. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. ....... Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, ........ Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." ......... Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka” (48:24-29).

Kemudian, bandingkan dengan ayat yang di bawah ini, iaitu ayat Haji, yang mengandungi beberapa peribadatan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat di atas:

"Sempurnakanlah HAJI dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga HAJI, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam HAJI, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya" (2:196).

Tambahan pula, Mekah pada hari ini adalah kawasan di mana terdapat tempat-tempat dilakukan peribadatan haji yang disebut di dalam al-Qur’an. Tempat-tempat itu berjumlah tujuh kesemuanya, seperti yang dicatat di bawah ini:

1.   Arafah (2:198) 

2.   Safa dan Marwa (2:158) 

3.   Rumah - disebut Rumah, Rumah Suci, Rumah-Ku, dan Rumah Tua. (2:158, 5:2, 5:97, 22:26, 22:29, dan 22:33)

4.   Kaabah (5:97) 

5.   Monumen Suci (Masy'aril Haram) (2:198) 

6.   Masjidil Haram (9:19 dan 48:27), dan

7.   Medan ("makam") Ibrahim (2:125)

 
Balik ke rencana untuk meneruskan bacaan.