Al-Qur'an itu Rasul
Telah terbit satu persoalan mengenai Rasul, yang mengakibatkan sesetengah pihak disangka menjadi Rasul pada hari ini. Sangkaan lahir daripada fahaman bahawa Rasul terdiri daripada golongan manusia dan malaikat sahaja. Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,
"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)
Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri
daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya
didapati begitu ramai.
Sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, memberi
petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak
hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu
berbuat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti
ditunjukkan dalam kandungan Peringatan berbunyi,
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu menyembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Allah memberi petunjuk kepada siapa mengikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia memberi petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:15-16)
Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang
di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru,
ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab.
Penurunan Kitab mengambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab
yang lain (contoh, Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun,
atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun). Kerana begitu lama
mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada
sebarang pembawa berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka.
Namun Allah menyangkal mereka dengan ayat berikut:
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu, pada satu masa jeda antara rasul-rasul, supaya kamu tidak mengatakan, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." (5:19)
Dia menyatakan bahawa Rasul merupakan pembawa berita gembira dan pemberi amaran.
Pembawa dan pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah Kitab. Seperti Kitab
al-Qur'an, yang tidak dinafikan berfungsi sebagai pembawa berita gembira dan
pemberi amaran menurut firman berbunyi,
"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,
Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar." (41:3-4)
Serupa mana-mana Rasul jenis manusia, al-Qur'an juga dikatakan membawa berita
gembira dan memberi amaran, dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari
ini maka mana-mana manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai
Rasul.
Kerana Rasul boleh berbentuk sebuah Kitab, seperti al-Qur'an, sebagai pembawa
berita gembira dan pemberi amaran, maka Rasul kita pada hari ini ialah Kitab
al-Qur'an.
Allah disanjung!
Penulis Bacaan
9 Okt 2011
Artikel /
English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis
kepada
Pengurus Laman