Sabar
di dalam al-Qur'an

 

Kesabaran itu manis. Urusannya patut ditekadkan, dan orang-orang yang percaya saling wasiatkannya kepada satu sama lain. Mereka yang sabar dapat petunjuk, dan pertolongan Allah, untuk menjadi orang-orang yang menang, terutama di akhirat. Begitu kesudahan bagi orang-orang yang tabah menahan penderitaan, atau yang tidak terburu-buru tetapi tenang menghadapti cubaan.

Perkataan sabar atau kesabaran banyak disebut di dalam al-Qur'an. Banyak juga pengajaran yang didapati daripada ayat-ayat yang mengandunginya. Kali pertama disebut menyentuh memohon pertolongan berbunyi,

"Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang rendah hati," (2:45)

Pertolongan dipohon kepada Allah dengan sabar dan solat, yang menjadi berat bagi orang-orang yang sombong. Untuk solat pula, ahli keluarga disuruh lakukannya dengan sabar juga, seperti amalan lain dalam penyembahan kepada-Nya. Firman Tuhan,

"Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan sabarlah kamu padanya;" (20:132)

"Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan sabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya;" (19:65)

Lantaran itu, terlihat tiga keadaan yang memerlukan kesabaran, dan mereka diringkaskan seperti di bawah:

Ada banyak lagi contoh keadaan yang memerlukan kesabaran di dalam al-Qur'an. Antaranya disenaraikan dengan ringkas seperti berikut:

Mengenai keadaan terakhir di dalam senarai, sebuah cerita yang bercangkuk diturunkan, merupakan kisah Nabi Musa dengan seorang yang dikenali umum dalam Islam sebagai Khidir. Baginda telah menemuinya lalu ingin ikutinya dalam suatu perjalanan. Begini al-Qur'an ceritakannya:

"Berkata, 'Sesungguhnya kamu tidak akan boleh sabar dengan aku. Dan bagaimanakah kamu akan sabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?'
Berkata (Musa), 'Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, sabar; dan aku tidak akan tentang kamu dalam urusan.'
Berkata, 'Jika kamu ikut aku, maka janganlah tanya aku sesuatu sehingga aku sendiri kemukakan sebutan mengenainya kepada kamu.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu melubanginya untuk tenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk.'
Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?'
Berkata (Musa), 'Janganlah kamu pertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga memaksa aku untuk buat sesuatu perkara yang amat sukar.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu bunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat.'
Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?'
Berkata (Musa), 'Jika aku tanya kamu mengenai sesuatu selepas ini, maka janganlah menemani aku lagi; kamu sudah cukup beri alasan kepadaku.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandaraya, mereka minta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik untuk tetamu. Kemudian mereka dapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Berkata (Musa), 'Sekiranya kamu hendak, tentu kamu ambil upah untuk itu.'

Berkata, 'Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan beritahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya. Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku hendak merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa. 
Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan paksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan. Maka kami hendak supaya Pemelihara mereka beri mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.

Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya.'" (18:67-82)

Oleh itu nyatalah bahawa kesabaran diperlukan untuk dapat penjelasan bagi sesuatu perkara yang tidak diketahui, seperti ke atas sesuatu kejadian atau ayat daripada Allah.

Dalam kisah Nabi Yusuf pun ada cerita berunsur kesabaran. Baginda telah dihumban ke dalam perigi semasa kecil oleh saudara-saudaranya, ditinggalkan, tetapi bajunya di bawa pulang untuk ditunjukkan kepada bapa mereka sebagai bukti bahawa baginda telah dibaham seekor serigala. Senario itu dirakam di dalam Kitab seperti berikut:

"Mereka berkata, 'Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar.' Dan mereka datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia (Yaakub) berkata, 'Tidak, tetapi jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan.'" (12:17-18)

Saudara-saudaranya telah datangkan satu lagi berita buruk kepada bapa mereka, iaitu adik Yusuf telah ditahan oleh seorang pembesar kerana didapati mencuri, tanpa mengetahui bahawa kecurian itu adalah suatu helah daripada baginda. Ketika menerima berita tersebut bapa mereka berkata,

"Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana." (12:83)

Sebelum cerita berakhir dengan seluruh ahli keluarga disatukan semula, saudara-saudara Yusuf telah menemuinya sekali lagi di mana baginda telah mendedahkan siapa sebenarnya dia kepada saudara-saudaranya, yang disambut dengan:

"Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, 'Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?' Dia berkata, 'Aku Yusuf. Ini saudaraku (yang dituduh mencuri). Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.'" (12:90)

Orang-orang yang sabar dan bertakwa diterima Allah sebagai orang-orang buat baik. Daripada cerita tersebut, situasi yang memerlukan kesabaran dapat disimpulkan dengan frasa berikut:

Lagi cerita Nabi yang diketahui umum. Kali ini kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya, ketika baginda beritahu apa yang dilihatnya dalam tidur. Firman-Nya, "Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, 'Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?' Berkata, 'Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar.'" (37:102)

Tergambar ketiadaan tindakan tergesa-gesa, tetapi terbit suasana yang tenang. Dalam cerita ini, keadaan yang memerlukan kesabaran adalah:

Tidak ketinggalan untuk diceritakan ialah mengenai Nabi Muhammad yang kemunculannya tidak sabar ditunggu oleh sekumpulan manusia lalu mereka memanggilnya dari belakang bilik-bilik. Mereka seharusnya buat demikian di pintu depan di mana melaluinya rumah-rumah harus dimasuki. Ayat yang mengisahkan berbunyi,

"Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari belakang bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak faham. Dan jika mereka sabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itulah yang lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih." (49:4-5)

Maka situasi yang memerlukan kesabaran di sini boleh disimpulkan dengan nota di bawah:

Senarai keadaan yang memerlukan kesabaran dipanjangkan lagi dengan menyebut mengenai ikut ayat-ayat Allah. Ia diringkaskan seperti ini:

ikut petunjuk al-Qur'an tidak menemui jalan mudah. Bangkangan sedia menunggu, dan orang-orang yang membangkang akan bertindak dengan tindakan-tindakan berikut, yang harus dihadapi dengan kesabaran:

Permusuhan tercetus di kalangan umat manusia. Lontaran jahat dibaling, tetapi ditangkis dengan tangkisan yang baik. Dengan cara itu musuh boleh bertukar jadi sahabat yang sedia. Firman-Nya,

"Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.
Namun begitu, tiada yang menerimanya, kecuali orang yang sabar; tiada yang menerimanya, kecuali orang empunya peruntungan yang besar." (41:34-35)

Pengajaran daripadanya atas tajuk kesabaran dicatat di bawah bersama sabar atas putusan Allah terhadap musuh, yang tidak seharusnya diminta untuk disegerakan:

Kesabaran juga perlu terhadap orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang yang menimbulkan masalah. Sebarang bentuk penganiayaan terhadap mereka untuk mencari keuntungan dunia dilarang Allah. Kandungan ayat yang menjelaskannya dalam konteks kesabaran diringkaskan seperti di bawah ini:

Senarai keadaan di mana sifat sabar diperlukan diisi lagi dengan menyebut sebuah firman berbunyi, "Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim" (7:87). Keadaan yang memerlukan kesabaran di sini ialah dalam:

Manusia berada dalam dua golongan untuk menjadi cubaan bagi satu sama lain. Firman-Nya, "Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, 'Mahukah kamu sabar?' Pemelihara kamu melihat." (25:20). Maka kesabaran yang diperlukan kali ini adalah:

Untuk mengenali kesabaran di samping mengenali perjuangan di jalan Allah manusia diuji-Nya. Ayat berkaitan berbunyi, "Dan sungguh, Kami akan uji kamu sehingga Kami tahu orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan uji berita kamu" (47:31). Contoh-contoh ujian yang dikenakan, yang memerlukan kesabaran, adalah:

Dalam perjuangan akan berlaku penghijrahan orang-orang yang dizalimi. Itu menimbulkan satu atau dua lagi keadaan yang harus disabarkan, dan dimasukkan ke dalam senarai seperti berikut:

Perjuangan di jalan Allah termasuk pergi berperang. Kedua-duanya bukan sahaja dimuatkan di dalam senarai keadaan yang memerlukan kesabaran (iaitu yang ke-29 dan 30), seperti dicatat di bawah, tetapi sebagai penutup bagi senarai tersebut:

Kesabaran dalam peperangan dikurniakan pertolongan daripada-Nya, misalan diturunkan malaikat-malaikat untuk membantu melawan tentera musuh yang lebih ramai. Janji tersebut terkandung di dalam ayat-ayat al-Qur'an bermaksud,

"Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas." (3:125)

"Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham." (8:65)

"Sekarang Allah ringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar." (8:66)

Allah berserta orang-orang yang sabar. Sebelum mereka pergi bertempur mereka berdoa macam dilakukan tentera Thalut yang melawan Jalut. Doa berkenaan terkandung di dalam sebuah ayat berbunyi "Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)'" (2:250). Peperangan itu menampilkan seorang hero bernama Daud (Nabi) yang berjaya bunuh Jalut.

Balasan ke atas orang-orang yang menentang, seperti orang-orang yang tidak mempedulikan perintah Tuhan, tidak dipohon supaya disegerakan. Meraka akan dimusnahkan Allah. Putusan yang dipohon kepada-Nya harus diikuti dengan kesabaran. Tiga ayat mengenainya diturunkan:

"Maka sabarlah kamu, sebagaimana Rasul-Rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq." (46:35)

"Dan sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit," (52:48)

"Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya." (76:24)

Setiap orang yang sabar, yang berterima kasih, ambil sesuatu kejadian atau tanda kebesaran Allah sebagai ayat, atau sebagai suatu yang direnungkan, misalan ayat yang menyuruh Nabi Musa keluarkan kaumnya, direnung pada apa dan siapa yang dihadapinya, iaitu Firaun yang zalim:

"Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, 'Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.' Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih)." (14:5)

Ayat-ayat lain yang menyebut orang sabar jadikan ayat atas sesuatu adalah:

"Tidakkah kamu lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (31:31)

"Tetapi mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami'; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (34:19)

"Dan jika Dia hendaki, Dia tenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih." (42:33)

Orang-orang yang sabar dapat petunjuk kerana kesabaran mereka, dan mereka yakin terhadap ayat-ayat Allah. dapat petunjuk daripada Allah menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ayat yang menyatakan mereka dapat petunjuk berbunyi,

"Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami." (32:24)

Sifat yakin akan ayat-ayat Allah, dan bertakwa kepada-Nya yang terlebih dahulu disebut (3:125, 12:90) jadi pasangan bagi orang-orang yang sabar. Mereka juga dipasangkan dengan amalan buat kerja-kerja baik , dan apabila dirasakan kemakmuran setelah disentuh kesusahan, tidak membanggakan diri, seperti berkata "Keburukan telah pergi daripadaku" dengan sangat gembira (11:10-11).

Selain kerja-kerja baik , orang-orang yang sabar lakukan solat, beri nafkah, dengan diam dan terbuka, dan menolak kejahatan dengan yang baik. Firman-Nya,

"Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad," (13:22)

Dalam menolak kejahatan dengan yang baik orang yang bermusuhan boleh jadi seorang sahabat yang setia. Tiada yang menerimanya kecuali orang yang sabar, yang mempunyai peruntungan yang besar (41:34-35). Dan mereka juga ampunkan orang lain, menurut ayat berbunyi,

"Tetapi sesungguhnya orang yang sabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan." (42:43)

Mereka adalah juga orang-orang yang berjuang di jalan Allah (3:142), dan percaya kepada ayat-ayat-Nya, buat kerja-kerja baik (disebut lagi), dan bertawakal kepada Pemelihara mereka. Firman-Nya,

"Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
Orang-orang yang sabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka." (29:58-59)

Sifat-sifat lain yang dipasangkan dengan sabar disebut di dalam sebuah ayat agak panjang tercatat,

"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim,
dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin,
dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh,
dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar,
dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar,
dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati,
dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah,
dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa,
dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga,
dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati
- bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar." (33:35)

Mereka yang sabar adalah bersatu dengan orang-orang yang benar, orang-orang yang patuh, orang-orang yang nafkahkan, dan orang-orang yang minta ampun pada waktu sebelum dinihari (3:17).

Pada Hari Kiamat, upah bagi orang-orang yang sabar dibayar mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat, dan dibayar sepenuhnya tanpa hitungan, serta diberi sebuah Taman. Tiga ayat bersangkutan berbunyi,

"Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan balas orang-orang yang sabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat." (16:96)

"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan.'" (39:10)

"Dan balas mereka kerana mereka sabar dengan sebuah Taman," (76:12)

Salam hormat bagi mereka pada hari itu ialah "'Salamun alaikum, kerana kamu telah sabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24). Salam tersebut dalam bahasa asal berbunyi salaamun alaikum bimaa shabartum, diberi setelah segala amalan yang dibuat di dunia diperhitungkan. Terdapat pula golongan yang gelisah apabila ia jadi salam hormat yang dilontar kepada mereka, kerana kitab amalan mereka belum ditutup lagi dan mereka tidak tahu apa yang akan dilakukan esok, misal hilang kesabaran. Namun jika terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan ingin menggunakannya jua, di dunia ini, maka tiada siapa yang akan cuba menghentikannya kecuali orang yang tidak memahami kebebasan dalam buat pilihan, yang diberi Allah kepada manusia.

Sabar adalah antara urusan yang ditekadkan. Yang lain turut ditekadkan adalah bertakwa, atau takut kepada Tuhan (3:186), lakukan solat, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang menimpa (31:17) dan ampunkan orang lain (42:43).

Urusan sabar disuruh Allah, ditambah dengan suruhan berlumba-lumba di dalamnya bagi orang-orang yang percaya, dan ia jadi wasiat pula kepada satu sama lain di kalangan mereka. Firman-firman-Nya,

"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung." (3:200)

"Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk sabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan." (90:17) dan,

"Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar." (103:3)

Lalu ia jadi seruan di hujung halaman yang menyuarakan dua firman Allah sekali gus jadi Peringatan terakhir diturunkan di sini berbunyi,

"Maka sabarlah kamu dengan kesabaran yang manis." (70:5)
"Dan sabarlah untuk Pemelihara kamu." (74:7)

 

Sila rujuk:
Kalimat Sabar
di dalam al-Qur'an.

Penulis Bacaan
12 Mei 2009

Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman