Sunni vs Syiah di Malaysia

 


Syiah jika berkembang akan tindas Sunni, kata PAS Kelantan

The Malaysian Insider – Sat, Jun 15, 2013


Oleh Md Izwan


KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan kebimbangan penganut majoriti Sunni di Malaysia bakal ditindas sekiranya pengikut mazhab Syiah dibiarkan berkembang dalam negara.

Mohd Amar menegaskan walaupun terdapat sebilangan pengikut Syiah dibenarkan untuk mengamalkan mazhab tersebut, hakikatnya mazhab Sunnah Wal Jamaah adalah majoriti di Malaysia dan status tersebut perlu dipertahankan serta dikekalkan. "Kita tidak boleh biarkan fahaman Syiah berkembang dengan bebas, walaupun kita hormati pegangan dia, tapi dalam konteks masyarakat kita di Malaysia, pada pandangan kita, kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sendiri, pegangan kita adalah Sunnah Wal Jamaah," kata Mohd Amar yang dipetik berkata dalam akhbar harian Utusan Malaysia hari ini.

"Kumpulan Syiah ini apabila mereka diatas, mereka menekan orang-orang Sunni," kata beliau lagi. Menurut timbalan pesuruhjaya III PAS negeri Kelantan itu lagi, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan mazhab Sunnah Wal Jamaah dan tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri.

"Pegangan PAS adalah Sunnah Wal Jamaah, bukan Syiah," tegasnya lagi. Mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunah Waljamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan fatwa dengan mengenakan larangan dan sekatan terhadap mana-mana mazhab selain Sunnah Wal Jamaah untuk tidak menyebarkan fahaman dan ajaran mereka di Malaysia.

Pada 2010, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan kira-kira 200 pengikut dan dua ketua kumpulan pengikut mazhab Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan dan menyampaikan ajaran menyeleweng.

Selain itu, tokoh agamawan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga pernah ditahan sekitar tahun 2009 semasa sedang memberi syarahan oleh JAIS dan dituduh cuba menyampaikan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kepada pengikutnya.

Di Malaysia, masyarakat Melayu yang membentuk 60 peratus daripada keseluruhan penduduk berjumlah 28 juta orang ditakrifkan dalam Perlembagaan sebagai penganut agama Islam, maka dengan itu agama dan kaum adalah isu yang tidak dapat dipisahkan didalam negara.

Kebebasan agama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dibawah Fasal 11 menetapkan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).


http://my.news.yahoo.com/syiah-jika-berkembang-akan-tindas-sunni-kata-kelantan-074842820.html#

 

Komen Kami:

Apa kata Allah? Sila lihat firman-firman-Nya di bawah:

"Katakanlah, 'Dia berkuasa untuk kirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk kelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain.' Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham." (6:65)

"Orang-orang yang buat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan beritahu mereka apa yang mereka telah buat" (6:159). 

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka,
Maka tinggalkan mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu." (23:53-54)

"Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka," (30:32). 


Allah disanjung!


17 Jun 2013

Artikel / English Articles
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman