Zakat Fitrah
Oleh W. Kassim
Hadis mengatakan, setiap orang Muslim, samaada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, mesti membayar zakat fitrah sebanyak satu sa' = 3 kilogram gandum atau kismis atau susu masam kering atau kurma atau barli.
Abu Sa'id al-Khudri
AL-MUWATTA
17.28.54We used to pay the zakat al-fitr with a sa' of wheat, or a sa' of barley, or a sa' of dates, or a sa' of dried sour milk, or a sa of raisins, using the sa' of the Prophet, may Allah bless him and grant him peace.
AL-MUWATTA
17.28.53The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, made the zakat of breaking the fast at the end of Ramadan obligatory on every Muslim, whether freeman or slave, male or female, and stipulated it as a sa' of dates or a sa of barley.
Abdullah ibn Umar
SAHIH AL-BUKHARI
2.579Allah's Apostle (peace_be_upon_him) enjoined the payment of one sa' of dates or one Sa' of barley as Zakat al-Fitr on every Muslim slave or free, male or female, young or old, and he ordered that it be paid before the people went out to offer the 'Id prayer.
(One Sa' = 3 Kilograms approx.)
Di Malaysia, ulamak menentukan zakat fitrah ialah segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar kepada amil bertauliah. Tauliah itu umumnya diberikan kepada kroni-kroni Jabatan Agama dan Masjid. Amil berhak mengambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang dikutipnya sebagai komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin. Sebab itu, hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja orang berada samaada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat; mereka persis seperti Hindu penjual kacang putih ditahun-tahun 60 - 70an dahulu.
Menunaikan zakat fitrah dengan beras dianggap lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM. Itulah yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat bertambah maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan pembayar dan amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan menyediakan segantang beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang ingin membayar fitrah dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu daripada amil mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan semula kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang ahli keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh kali dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah beras sebungkus itu dijual olok-olok beratus-ratus kali dalam sehari. Pembayar fitrah menyangka amalan mereka afdal, dan dapat pahala lebih dengan cara berolok-olok itu. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka memperolok-olokkan Tuhan.
Amalan membeli beras dari amil untuk membayar zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih terdapat dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan; maka membayar fitrah dengan wang sahaja menjadi pilihan ramai.
Amil itu pula ada berbagai ragam. Ada amil yang mudah berurus (user friendly): pembayar memberinya wang, dan amil mengeluarkan resit, maka selesailah urusan fitrah itu. Ada pula amil yang mengadakan upacara, dengan menyuruh pembayar melafazkan istihar bayaran fitrahnya yang diikuti pula dengan lafaz penerimaan oleh si amil. Setengah amil akan berdoa pula terkumat kamit setiap kali bayaran fitrah diserahkan ketangannya. Semua ini adalah rekaan-rekaan yang memang tidak terdapat di dalam hadis berkaitan zakat fitrah.
Bayaran zakat fitrah berdasarkan segantang makanan bagi setiap orang ahli keluarga adalah tidak adil. Seorang jutawan yang tiada anak cuma perlu membayar zakat segantang beras untuk dirinya, atau dua gantang jika dia beristeri. Tetapi seorang buruh atau pegawai rendah, yang mempunyai sepuluh tanggungan perlu membayar sepuluh gantang beras. Hukum yang tidak adil ini tidak mungkin datang dari Allah yang maha adil. Adilkah jika seorang hamba pun dipaksa membayar zakat?
Imam Muslim tidak mencatitkan tentang zakat fitrah di dalam kitab hadis sahihnya. Berarti Muslim sendiri menganggap hadis zakat fitrah di dalam sahih Bukhari sebagai hadis palsu; sepertimana banyak lagi hadis Bukhari yang dianggapnya palsu.
Sebenarnya Quran langsung tidak ada menyebutkan tentang hukum membayar zakat fitrah itu. Oleh itu, zakat fitrah adalah satu lagi ajaran palsu yang diserapkan ke dalam Islam melalui hadis dan ijmak ulamak. Tujuannya tidak lain dari untuk mendapat keuntungan. Zaman sekarang, kroni-kroni itu hanya mendapat 1/8 bahagian dari kutipan zakat; tetapi ratusan tahun dahulu, tanpa kawalan, kutipan zakat fitrah terserah sepenuhnya kepada kejujuran si-amil.
Zakat fitrah bukan tuntutan agama. Masihkah anda membayarnya?
Halaman Utama Terkini Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman