Surah 4
PEREMPUAN
(176 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu) Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim (pertalian darah); sesungguhnya Allah menjagai kamu.
4:2. Berilah anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah menukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.
4:3. Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya.
4:4. Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.
4:5. Tetapi janganlah kamu memberikan orang-orang yang bodoh harta mereka yang Allah melantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung.
4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, sama ada ia sedikit atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.
4:8. Dan apabila pembahagian itu dihadiri sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, maka berilah rezeki untuk mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka meninggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.
4:10. Orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah memakan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.
4:11. Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa yang dia meninggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa yang dia meninggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu meninggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka meninggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka mewasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa yang kamu meninggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa yang kamu meninggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu mewasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang yang memudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.
4:13. Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan.
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih.
4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga menghalangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah memberikan mereka, kecuali apabila mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan.
4:20. Dan jika kamu menghendaki untuk menukar seorang isteri di tempat isteri yang lain dan jika kamu telah memberi seorang satu timbunan, janganlah mengambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara umpat, dan dosa yang nyata?
4:21. Bagaimanakah kamu akan mengambilnya, sedang masing-masing kamu telah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kukuh
4:22. Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.
4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:28. Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah.
4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan membunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.
4:30. Tetapi sesiapa berbuat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan memanggangkan di Api, dan itu bagi Allah adalah mudah.
4:31. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami memasukkan kamu melalui pintu yang mulia.
4:32. Dan janganlah kamu mengingini apa yang Allah melebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami melantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu. Maka berilah mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
4:35. Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkanlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan, Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Menyedari.
4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong, membanggakan diri,
4:37. Orang-orang yang kikir, dan menyuruh manusia supaya menjadi kikir, dan mereka sendiri menyembunyikan pemberian yang Allah memberikan mereka, Kami menyediakan untuk orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:38. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan menafkahkan daripada apa yang Allah merezekikan mereka? Allah mengetahui mereka.
4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan menggandakannya, dan memberikan daripada sisi-Nya upah yang besar.
4:41. Bagaimanakah pula ia, apabila Kami mendatangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami mendatangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu?
4:42. Pada hari itu orang-orang yang tidak percaya, orang-orang yang mengingkari rasul, akan menginginkan supaya bumi didatarkan dengan mereka; dan mereka tidak akan menyembunyikan daripada Allah sesuatu hadis.
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.
4:44. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan menghendaki bahawa kamu juga sesat daripada jalan?
4:45. Allah sangat mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.
4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.
4:47. Wahai orang-orang yang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami menghapuskan muka-muka, dan memusingkannya di atas belakangnya, atau melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.
4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar.
4:49. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
4:50. Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.
4:51. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab mempercayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang yang tidak percaya bahawa mereka lebih mendapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.
4:52. Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan, dan sesiapa yang Allah melaknati, kamu tidak akan mendapati baginya sebarang penolong.
4:53. Atau, adakah bagi mereka sebahagian dalam kerajaan? Jika demikian, mereka tidak memberi manusia satu bintit pun.
4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah memberikan mereka? Sungguh, Kami telah memberikan keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami memberikan mereka kerajaan yang besar.
4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang menghalangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.
4:56. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami menukarkan dengan kulit-kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.
4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Kami akan memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan Kami memasukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.
4:58. Allah memerintahkan kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang empunya; dan apabila kamu menghakimkan antara manusia, maka hendaklah kamu memutuskan dengan adil. Adalah sangat baik teguran yang Allah memberikan kamu dengannya; sesungguhnya Allah adalah Mendengar, Melihat.
4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.
4:60. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul", kemudian kamu melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan penghalangan yang keras.
4:62. Bagaimanakah ia, apabila mereka ditimpa penderitaan kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, kemudian mereka datang kepada kamu, bersumpah dengan Allah, "Kami menghendaki hanya yang baik dan pendamaian"?
4:63. Mereka itulah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.
4:64. Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan bahawa dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan meminta ampun kepada Allah, dan rasul meminta ampun untuk mereka, tentu mereka mendapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan mempercayai sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka mendapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu memutuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.
4:66. Tetapi, sekiranya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka melakukan seperti apa yang mereka ditegurkan, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk meneguhkan mereka.
4:67. Dan kemudian, pasti Kami memberikan mereka, daripada sisi Kami, upah yang besar,
4:68. Dan memberi mereka petunjuk pada jalan lurus.
4:69. Sesiapa mentaati Allah dan rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah merahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para syahid (saksi), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!
4:70. Itulah pemberian daripada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Yang mengetahuinya.
4:71. Wahai orang-orang yang percaya, ambillah kewaspadaan kamu; kemudian pergilah dalam kumpulan-kumpulan, atau pergilah kesemuanya bersama-sama.
4:72. Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan menimpa kamu, dia berkata, "Allah merahmati aku kerana aku bukan seorang syahid bersama mereka."
4:73. Tetapi jika pemberian daripada Allah menimpa kamu, tentu dia mengatakan seakan-akan tidak pernah ada kasih sayang antara kamu dan dia, "Sekiranya aku berada bersama mereka, tentu aku mendapat kemenangan dengan kemenangan yang besar."
4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang menjual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka mengalahkan, kelak Kami akan memberinya upah yang besar.
4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dihinakan, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandar raya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."
4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah."Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis.
4:79. Apa sahaja yang baik menimpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja keburukan yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami mengutus kamu kepada manusia sebagai rasul, dan cukuplah Allah untuk saksi.
4:80. Sesiapa mentaati rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka.
4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu mengatakan. Dan Allah menulis apa yang mereka memikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan percayakanlah (tawakal) kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.
4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebani kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan menahan kekuatan orang-orang yang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.
4:85. Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan menerima sebahagian daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan memikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu.
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan.
4:89. Mereka beringinkan kamu menjadi tidak percaya, sebagaimana mereka tidak percaya, dan kemudian kamu menjadi sama dengan mereka; maka janganlah mengambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka, sehingga mereka berhijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan janganlah mengambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa kesesakan daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia memberi mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan melemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar.
4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah mengatakan kepada orang yang melemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana mencari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat
4:95. Orang-orang mukmin yang duduk di rumah, kecuali mereka ada kecederaan, adalah tidak sama dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa mereka. Allah melebihkan dalam darjat orang-orang yang berjuang dengan harta benda mereka dan jiwa mereka di atas orang-orang yang duduk di rumah; namun begitu, masing-masing Allah menjanjikannya yang paling baik; dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang di atas orang-orang yang duduk di rumah, dengan upah yang besar,
4:96. Dalam darjat-darjat di sisi-Nya, dan keampunan, dan pengasihan; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:98. Kecuali lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dalam keadaan terhina, tidak dapat merancang sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk pada jalan.
4:99. Mudah-mudahan bagi mereka, Allah akan memaafkan; Allah adalah Pemaaf, Pengampun.
4:100. Dan sesiapa berhijrah di jalan Allah, dia akan mendapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:104. Janganlah lemah dalam mengejar kaum itu. Jika kamu menderita sakit, mereka juga menderita sakit, sebagaimana kamu menderita sakit, dan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak dapat berharapkan; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:105. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu. Maka janganlah kamu menjadi pembela pengkhianat-pengkhianat.
4:106. Dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:107. Dan janganlah berdebat untuk orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri; sesungguhnya Allah tidak menyukai pengkhianat yang bersalah.
4:108. Mereka menyembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak menyembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak berpuas hati; Allah meliputi apa yang mereka buat.
4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan mendebat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi wakil bagi mereka?
4:110. Sesiapa membuat kejahatan, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian meminta ampunan Allah, dia akan mendapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:111. Dan sesiapa mengusahakan dosa, hanyalah dia mengusahakan bagi dirinya sendiri; dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:112. Dan sesiapa mengusahakan kesalahan atau pelanggaran, dan kemudian membalingkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia memikul pengumpatan, dan dosa yang nyata.
4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentulah segolongan daripada mereka bermaksud untuk menyesatkan kamu, tetapi mereka hanya menyesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak memudaratkan kamu sedikit pun. Allah menurunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan pembicaraan rahsia mereka, melainkan bagi orang yang menyuruh memberi sedekah, atau apa yang baik, atau memperbetulkan antara manusia. Sesiapa yang berbuat demikian itu dengan menginginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar.
4:115. Tetapi sesiapa melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas baginya, dan mengikuti jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami memalingkan dia kepada apa yang dia menguasai, dan Kami pasti akan memanggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:118. Yang dilaknati Allah. Ia berkata, "Sungguh, aku akan mengambil untukku sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,
4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120. Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan.
4:121. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan mereka akan mendapati tiada tempat lari daripadanya.
4:122. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, merekalah yang Kami akan memasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Janji Allah benar, dan siapakah yang lebih benar dalam ucapan daripada Allah?
4:123. Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa membuat kejahatan akan dibalas dengannya, dan tidak akan mendapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:124. Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:125. Dan siapakah yang lebih baik anutannya daripada orang yang menundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, dan yang mengikuti agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.
4:126. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan yang di bumi, dan Allah meliputi segala sesuatu.
4:127. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.
4:129. Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:130. Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya, dan Allah adalah Merangkumi, Bijaksana.
4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah adalah Kaya, Terpuji.
4:132. Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
4:133. Jika Dia menghendaki, Dia menghapuskan kamu, wahai manusia, dan mendatangkan yang lain; Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu.
4:134. Sesiapa yang menghendaki ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan akhirat; Allah adalah Mendengar, Melihat.
4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.
4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan kepada rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak juga memberi petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan.
4:138. Berilah berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.
4:139. Orang-orang yang mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin, adakah mereka mencari kemuliaan di sisi mereka? Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.
4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.
4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, "Bukankah kami berserta kamu?" tetapi jika orang-orang yang tidak percaya mendapat sebahagian, mereka berkata, "Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah kami mempertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?" Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan mengadakan bagi orang-orang yang tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
4:143. Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya jalan.
4:144. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu menghendaki untuk memberi Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
4:147. Apakah yang Allah buat dengan mengazab kamu, jika kamu bersyukur (berterima kasih), dan kamu percaya? Allah adalah Mensyukuri, Mengetahui.
4:148. Allah tidak menyukai kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah adalah Mendengar, Mengetahui.
4:149. Jika kamu menampakkan kebaikan yang kamu buat, atau merahsiakannya, atau memaafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Berkuasa.
4:150. Orang-orang yang tidak percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan menghendaki untuk membuat perbezaan antara Allah dan rasul-rasul-Nya, dan berkata, "Kami mempercayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian", dan menghendaki untuk mengambil di antara ini dan itu, satu jalan.
4:151. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir) yang sebenarnya; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan memberikan mereka upah mereka; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkanlah kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar mengambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mengambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami memaafkan mereka yang itu, dan Kami memberikan Musa kuasa yang nyata.
4:154. Dan Kami menaikkan di atas mereka Gunung, dengan mengambil perjanjian mereka dan Kami mengatakan kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami mengatakan kepada mereka, "Janganlah mencabuli Sabat"; dan Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.
4:155. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah menutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak mempercayai, kecuali sedikit.
4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu pengumpatan yang besar.
4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.
4:158. Allah menaikkan dia kepada-Nya, dan Allah adalah Perkasa, Bijaksana.
4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar mempercayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia menjadi saksi ke atas mereka.
4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami mengharamkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka menghalangi ramai daripada jalan Allah.
4:161. Dan kerana pengambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang mendalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang mempercayai apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti akan memberikan upah yang besar.
4:163. Kami mewahyukan kamu sebagaimana Kami mewahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami mewahyukan Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami memberikan Daud, Zabur.
4:164. Dan rasul-rasul yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan rasul-rasul yang Kami tidak menceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung.
4:165. Rasul-rasul sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas rasul-rasul; Allah adalah Perkasa, Bijaksana.
4:166. Tetapi Allah mempersaksikan dengan apa yang Dia menurunkan kepada kamu; Dia menurunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga mempersaksikan; dan cukuplah Allah untuk saksi.
4:167. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya dan menghalangi daripada jalan Allah, mereka sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:168. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya dan membuat kezaliman, Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada jalan,
4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.
4:170. Wahai manusia, seorang rasul telah datang kepada kamu dengan yang benar daripada Pemelihara kamu, maka percayalah; itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi; dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia melemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan janganlah mengatakan, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
4:172. Al-Masih tidak akan memandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa memandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, Dia pasti akan mengumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.
4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia menambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombongkan diri, merekalah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami menurunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.
4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan memberi mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.
4:176. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh daripada apa yang dia meninggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan. Allah memperjelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah mengetahui segala sesuatu."