Surah 5

MEJA HIDANGAN

(120 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja yang Dia mengkehendaki.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."

5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

5:9. Allah menjanjikan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.

5:10. Dan orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Jahim.

5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia menahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan membantu mereka dalam masa keperluan, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."

5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.

5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu menyembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.

5:16. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang mengikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia memberi petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

5:17. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan membatalkan Allah dalam apa jua jika Dia menghendaki untuk memusnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia mengazab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu, pada satu masa jeda antara rasul-rasul, supaya kamu tidak mengatakan, "Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.

5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu, dan janganlah kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi."

5:22. Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."

5:23. Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah merahmati, "Masuklah menemui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu memasukinya, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan percayakanlah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin."

5:24. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selama mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."

5:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)."

5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka janganlah kamu berdukacita terhadap kaum yang fasiq."

5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.

5:28. Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.

5:29. Aku menghendaki supaya kamu dipenuhi dosaku dan dosa kamu, dan menjadi orang Api; itulah balasan ke atas orang-orang yang zalim."

5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan menjadi antara orang-orang yang rugi.

5:31. Kemudian Allah mengirimkan seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk memperlihatkan kepada dia bagaimana dia akan menyembunyikan mayat saudaranya yang mengaibkan. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku menyembunyikan mayat saudaraku yang mengaibkan?" Dan dia menjadi antara orang-orang yang menyesal.

5:32. Oleh kerana itu, Kami menuliskan (menetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa membunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia telah membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia menghidupkan manusia kesemuanya. Rasul-rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.

5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.

5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk mendekatkan dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung.

5:36. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk menebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

5:37. Mereka menghendaki untuk keluar dari Api, dan mereka tidak akan keluar darinya; bagi mereka, azab yang kekal.

5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.

5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:40. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi? Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

5:41. Wahai rasul, janganlah mereka menyedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak mempercayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang bohong, yang mendengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dengan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberikan, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah menghendaki untuk mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak menghendaki untuk membersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:42. Yang mendengar yang bohong, dan memakan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkanlah antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu menghakimkan, maka putuskanlah dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.

5:43. Dan bagaimanakah mereka mengangkat kamu menjadi hakim sedang mereka ada Taurat, yang di dalamnya terdapat kehukuman Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka bukanlah orang-orang mukmin.

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.

5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

5:52. Kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, "Kami takut akan giliran yang buruk menimpa kami." Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka mendapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka merahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.

5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?" Amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; mereka menjadi orang-orang yang rugi.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka tunduk.

5:56. Sesiapa yang menjadikan Allah sahabatnya, dan rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya, maka golongan Allah, merekalah orang-orang yang menang.

5:57. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak percaya, yang mengambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

5:58. Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

5:59. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?"

5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

5:61. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami percaya"; tetapi mereka masuk dengan ketidakpercayaan, dan mereka keluar dengannya; Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.

5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!

5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak melarang mereka daripada ucapan dosa, dan memakan yang haram? Buruknya apa yang mereka mengerjakan!

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami memasukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.

5:66. Sekiranya mereka melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.

5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

5:68. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu." Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka janganlah berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya.

5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.

5:71. Dan mereka menyangka bahawa tidak akan menjadi cubaan; mereka menjadi buta, dan menjadi pekak. Kemudian Allah menerima taubat mereka; kemudian mereka menjadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka, menjadi pekak; dan Allah melihat apa yang mereka buat.

5:72. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong."

5:73. Orang-orang yang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka mengatakan, tentu akan menyentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.

5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan meminta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.

5:75. Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling.

5:76. Katakanlah, "Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."

5:78. Telah dilaknati orang-orang yang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

5:79. Mereka tidak saling melarang daripada sebarang kemungkaran yang mereka melakukan; sungguh buruknya apa yang mereka buat!

5:80. Kamu melihat kebanyakan antara mereka menjadikan orang-orang yang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka mendahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.

5:81. Sekiranya mereka mempercayai Allah, dan Nabi, dan apa yang diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak mengambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan antara mereka adalah orang-orang fasiq.

5:82. Sungguh, kamu mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang mempersekutukan; dan sungguh kamu mendapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak menyombongkan diri.

5:83. Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada rasul, kamu melihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka mengenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.

5:84. Tidakkah kami patut mempercayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan menginginkan supaya Pemelihara kami memasukkan kami berserta kaum yang salih?"

5:85. Dan Allah mengganjari mereka kerana apa yang mereka mengatakan, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang yang berbuat baik.

5:86. Tetapi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Jahim.

5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:89. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas.

5:93. Tidaklah bersalah ke atas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan berbuat baik; Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

5:98. Ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya, dan bahawa sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:99. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu menampakkan, dan apa yang kamu menyembunyikan.

5:100. Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda agar kamu beruntung.

5:101. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menanyai sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan menyakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu menanyai mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah memaafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.

5:102. Satu kaum sebelum kamu telah menanyakannya, kemudian jadilah mereka orang-orang yang tidak percaya (kafir).

5:103. Allah tidak menentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah, dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang yang tidak percaya mengada-adakan dusta terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak memahami.

5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat tidak memudaratkan kamu jika kamu mendapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang zalim."

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan mendatangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

5:109. Pada hari apabila Allah mengumpulkan rasul-rasul, dan berkata, "Apakah jawapan yang kamu diberi?" Mereka berkata, "Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib."

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

5:111. Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'"

5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin."

5:113. Mereka berkata, "Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

5:114. Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

5:115. Allah berkata, "Sesungguhnya Aku menurunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan mengazabnya dengan azab yang dengannya Aku mengazab tiada seseorang daripada semua alam."

5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

5:117. Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.

5:118. Jika Engkau mengazab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

5:119. Allah berkata, "Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya; itulah kemenangan yang besar."

5:120. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa-apa yang di dalamnya, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.