Surah 9
TAUBAT
(129 ayat)
9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan rasul-Nya kepada orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian.
9:2. "Berpergianlah di bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah, dan sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang yang tidak percaya."
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:4. Kecuali orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian, kemudian mereka tidak mengurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga menyokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:6. Dan jika seseorang daripada orang-orang yang menyekutukan meminta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan sehingga dia mendengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikanlah dia di tempat yang aman baginya. Itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
9:8. Bagaimanakah, jika mereka mengatasi kamu, mereka tidak akan mengendahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:9. Mereka menjual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa yang mereka buat.
9:10. Mereka tidak mengendahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
9:12. Tetapi jika mereka memungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan membidas agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang yang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
9:13. Tidakkah kamu akan memerangi kaum yang memungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan mengazab mereka di tangan kamu, dan mengaibkan mereka, dan Dia akan menolong kamu terhadap mereka, dan mendatangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.
9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:16. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan sedang Allah belum mengetahui orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak mengambil - selain daripada Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin - sebagai sahabat karib? Allah menyedari apa yang kamu buat.
9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.
9:18. Yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:20. Orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka, dan jiwa mereka, adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
9:21. Pemelihara mereka memberi mereka berita gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka, taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.
9:22. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih menyukai ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu memperoleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat berpuas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq."
9:25. Allah telah pun menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari Hunain ketika ramainya kamu menakjubkan kamu, tetapi ia tidak berguna kepada kamu sedikit pun, dan bumi dengan segala keluasannya terasa sempit kepada kamu, dan kamu berpaling, dengan berundur.
9:26. Kemudian Allah menurunkan kepada rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Dia mengazab orang-orang yang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
9:27. Kemudian Allah, sesudah itu, menerima taubat siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:29. Perangilah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya mengharamkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, sehingga mereka memberi ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.
9:32. Mereka menghendaki untuk memadamkan, dengan mulut-mulut mereka, cahaya Allah; dan Allah tidak mahu melainkan untuk menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang tidak percaya membencinya.
9:33. Dia yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang menyekutukan membencinya.
9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka memakan harta manusia dengan cara palsu, dan menghalangi daripada jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun yang lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
9:38. Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah kamu apabila dikatakan kepada kamu, "Berperanglah di jalan Allah", kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit.
9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang lain; dan kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.
9:40. Jika kamu tidak menolongnya, maka Allah telah pun menolongnya, apabila orang-orang yang tidak percaya mengusirnya, ketika orang yang kedua daripada dua orang, apabila kedua-duanya di dalam gua, apabila dia berkata kepada temannya, "Janganlah bersedih; sesungguhnya Allah berserta kita." Kemudian Allah menurunkan kepadanya ketenangan-Nya, dan Dia mengukuhkan dia dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan membuatkan kata orang-orang yang tidak percaya paling rendah; dan kata Allah yang tertinggi; Allah Perkasa, Bijaksana.
9:41. Pergilah, dengan ringan dan berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
9:42. Sekiranya ia satu keuntungan yang dekat diperolehi, dan satu perjalanan yang mudah, tentu mereka mengikuti kamu; tetapi jarak perjalanan yang dituju itu jauh bagi mereka. Mereka masih bersumpah dengan Allah, "Sekiranya kami boleh, tentu kami keluar bersama kamu", maka mereka memusnahkan diri-diri mereka; dan Allah mengetahui bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
9:43. Allah memaafkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka sehingga ia menjadi jelas bagi kamu orang-orang yang berkata benar, dan kamu mengetahui pendusta-pendusta?
9:44. Orang-orang yang mempercayai Allah dan Hari Akhir, tidak meminta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.
9:45. Mereka yang meminta izin kepada kamu hanyalah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.
9:46. Jika mereka menghendaki untuk keluar, tentu mereka telah menyiapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah membenci kebangkitan mereka, lalu Dia menahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Duduklah kamu bersama orang-orang yang duduk."
9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka menterbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka membencinya.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan janganlah menggodaku." Tidakkah mereka telah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.
9:50. Jika yang baik menimpa kamu, ia menyakitkan hati mereka; tetapi jika kamu ditimpa penderitaan, mereka berkata, "Kami telah mengambil keputusan kami sebelumnya", dan mereka berpaling, bergembira.
9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah menuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin mempercayakan (tawakal)."
9:52. Katakanlah, "Adakah kamu menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu."
9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau membenci; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."
9:54. Dan tiada yang menghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan mereka tidak mendatangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak menafkahkan tanpa mereka membencinya.
9:55. Maka janganlah harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya menghendaki dengannya untuk mengazab mereka di dalam kehidupan dunia ini, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang yang tidak percaya (kafir).
9:56. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka adalah daripada kamu, tetapi mereka bukanlah daripada kamu; mereka adalah kaum yang takut.
9:57. Jika mereka boleh mendapati satu tempat perlindungan, atau gua-gua, atau tempat untuk merangkak ke dalamnya, tentu mereka akan berpaling, dan berlari dengan pantas kepadanya.
9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
9:59. Sekiranya mereka sangat berpuas hati dengan apa yang Allah dan rasul-Nya memberikan mereka, dengan berkata, "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberikan kami daripada pemberian-Nya, dan rasul-Nya; kepada Allah kami berharapkan."
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:61. Dan sebahagian antara mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia mempercayai Allah, dan mempercayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."
9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.
9:63. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah dan rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itulah kerendahan yang besar.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti."
9:65. Dan jika kamu menanyakan mereka, maka mereka akan berkata, "Kami hanya terjun dan bermain-main." Katakanlah, "Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan rasul-Nya?"
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu, Kami akan mengazab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.
9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
9:69. Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
9:72. Allah menjanjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.
9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:76. Maka apabila Dia memberikan mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.
9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
9:78. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah mengetahui rahsia mereka, dan pembicaraan rahsia mereka, dan bahawa Allah mengetahui yang ghaib?
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka memperolok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak meminta ampun bagi mereka; jika kamu memintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan mengampuni mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan rasul-Nya. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.
9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang rasul Allah, dan membenci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka memahami."
9:82. Oleh kerana itu biarkanlah mereka ketawa sedikit, dan menangis banyak, sebagai balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.
9:83. Maka, jika Allah mengembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka meminta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat berpuas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."
9:84. Dan janganlah kamu merahmati selamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.
9:85. Dan janganlah harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya menghendaki dengannya untuk mengazab mereka di dunia, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.
9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan, "Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama rasul-Nya", orang-orang yang mewah antara mereka meminta izin kepada kamu, dengan berkata, "Tinggalkanlah kami bersama orang-orang yang duduk."
9:87. Mereka sangat berpuas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak memahami.
9:88. Tetapi rasul, dan orang-orang yang percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.
9:89. Allah menyediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:90. Dan orang-orang Arab datang dengan alasan mereka, supaya mereka diizinkan; orang-orang yang berdusta kepada Allah dan rasul-Nya duduk; kelak akan menimpa orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
9:91. Tidak bersalah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak mendapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah, dan kepada rasul-Nya. Tidaklah ada jalan terhadap orang-orang yang berbuat baik; Allah Pengampun, Pengasih.
9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu membawa mereka, kamu berkata, "Aku tidak mendapati sesuatu untuk membawa kamu di atasnya"; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak mendapati sesuatu untuk dinafkahkan.
9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang meminta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat berpuas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah meletakkan satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak mengetahui.
9:94. Mereka mengemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu mengemukakan alasan; kami tidak akan mempercayai kamu. Allah telah pun memberitahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."
9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.
9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:98. Antara orang-orang Arab mengambil apa yang mereka menafkahkan sebagai denda, dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:99. Dan antara orang-orang Arab mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan mereka mengambil apa yang mereka menafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:100. Dan orang-orang yang mendahului, yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam berbuat baik - Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya; dan Dia menyediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:107. Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah yang lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
9:113. Tidak patut bagi Nabi, dan orang-orang yang percaya, meminta ampun bagi orang-orang yang menyekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah menjadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan menjadi orang-orang Jahim.
9:114. Ibrahim tidak meminta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia menjanjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.
9:115. Allah tidak akan menyesatkan satu kaum setelah Dia memberi mereka petunjuk, sehingga Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka patut bertakwakan; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada, selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.
9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka menyangka bahawa tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia menerima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:119. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang rasul Allah, dan untuk lebih menyukai diri mereka daripada diri dia; itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka memijak sebarang pijakan yang menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka tidak juga memperoleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih (baik); sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.
9:121. Dan tidak juga mereka menafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah membalas mereka dengan yang terbaik daripada apa yang mereka telah buat.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk memberi amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
9:123. Wahai orang-orang yang percaya, perangilah orang-orang yang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah mereka mendapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian antara mereka berkata, "Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka bergembira.
9:125. Tetapi bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kekotoran pada kekotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.
9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.
9:128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada diri-diri kamu sendiri; terasa berat baginya apa yang kamu terderitakan; dia sangat menginginkan terhadap kamu, lembut terhadap orang-orang mukmin, pengasih.
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."