Surah 14

IBRAHIM

(52 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

14:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang Kami menurunkan kepada kamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Pemelihara mereka ke jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

14:2. Allah, yang kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana azab yang keras,

14:3. Orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada akhirat, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan menginginkannya menjadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.

14:4. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia memperjelaskan kepada mereka; kemudian Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana. 

14:5. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras.'" 

14:8. Dan Musa berkata, "Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."

14:10. Rasul-rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanyalah manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu menghendaki untuk menghalangi kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami kuasa yang nyata."

14:11. Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lain hanyalah manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiadalah bagi kami untuk mendatangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

14:12. Dan mengapakah kami tidak akan mempercayakan kepada Allah memandangkan Dia telah memberi kami petunjuk pada jalan-jalan kami? Sungguh kami akan bersabar atas apa sahaja yang kamu menyakitkan kami; dan kepada Allah hendaklah semua mempercayakan, orang-orang yang mempercayakan."

14:13. Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada rasul-rasul mereka, "Sungguh, kami akan mengusir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka mewahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan memusnahkan orang-orang yang zalim,

14:14. Dan sungguh Kami akan menempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."

14:15. Mereka memohon satu putusan; kemudian kecewalah semua penguasa yang degil.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:17. Yang dia menghirupnya, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.

14:18. Persamaan orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka mengusahakan - itulah kesesatan yang jauh.

14:19. Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mencipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru,

14:20. Dan tidaklah itu sukar bagi Allah.

14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah memberi petunjuk kepada kami, tentu kami memberi petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh menahan, atau kita bersabar - kita tidak ada tempat lari."

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"

14:24. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah membuat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit,

14:25. Ia memberikan hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati.

14:26. Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan. 

14:27. Allah memperteguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim; dan Allah buat apa yang Dia mengkehendaki.

14:28. Tidakkah kamu melihat orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?

14:29. Jahanam, di dalamnya mereka dipanggang; buruknya satu kestabilan!

14:30. Dan mereka mengadakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Maka bergembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

14:32. Allah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia menundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia menundukkan sungai-sungai untuk kamu.

14:33. Dan Dia menundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia menundukkan untuk kamu, malam dan siang.

14:34. Dan Dia memberikan kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu menghitung rahmat Allah, kamu tidak dapat menjumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.

14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.

14:37. Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.

14:38. Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.

14:39. Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.

14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan."

14:42. Janganlah menyangka bahawa Allah lalai daripada apa yang orang-orang zalim buat; Dia hanyalah memberi tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,

14:43. Apabila mereka berlari dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali kepada mereka, dan hati mereka kosong.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

14:45. Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami melakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami mengadakan persamaan-persamaan bagi kamu."

14:46. Mereka membuat tipu daya dengan tipu daya mereka, dan tipu daya mereka di sisi Allah, walaupun tipu daya mereka adalah yang dapat mengalihkan gunung-gunung.

14:47. Maka janganlah menyangka bahawa Allah memungkiri janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Perkasa, Pendendam.

14:48. Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

14:49. Dan kamu melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.

14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.

14:51. Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang mempunyai minda mengingati.