Surah 15
AL-HIJR
(99 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.
15:2. Boleh jadi orang-orang yang tidak percaya menginginkan bahawa mereka adalah muslim.
15:3. Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka bergembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan mengetahui.
15:4. Kami tidak memusnahkan sebuah bandar raya melainkan ada baginya kitab (ketentuan) yang diketahui.
15:5. Dan tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mengundurkannya
15:6. Mereka berkata, "Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah dirasuk.
15:7. Mengapakah kamu tidak mendatangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?"
15:8. Kami tidak menurunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.
15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
15:10. Sesungguhnya Kami telah mengutus sebelum kamu, di kalangan golongan-golongan orang dahulu kala,
15:11. Dan seseorang rasul tidak datang kepada mereka melainkan mereka memperolok-olokkannya.
15:12. Begitulah Kami menyusupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.
15:13. Mereka tidak mempercayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu.
15:14. Walaupun Kami membukakan kepada mereka sebuah pintu di langit, dan mereka terus naik ke dalamnya,
15:15. Tentu mereka berkata, "Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak, kami adalah kaum yang kena sihir!"
15:16. Kami meletakkan di langit gugusan bintang, dan menampakkannya indah bagi orang-orang yang memandang.
15:17. Dan menjaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
15:18. Kecuali yang mendengar dengan mencuri, dan dia diikuti api yang nyata.
15:19. Dan bumi, Kami membentangkannya, dan melemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami menumbuhkan di dalamnya segala sesuatu yang ditimbang dengan patut.
15:20. Di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan, dan untuk mereka yang kamu tidak memberi rezeki.
15:21. Tiadalah sesuatu melainkan perbendaharaannya adalah di sisi Kami, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang diketahui.
15:22. Kami mengutus angin untuk menyuburkan, dan Kami menurunkan dari langit air, kemudian Kami memberinya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.
15:23. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.
15:24. Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang mendahului, dan Kami mengetahui orang-orang yang ketinggalan di belakang.
15:25. Dan Pemelihara kamu, Dia yang mengumpulkan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
15:26. Sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.
15:27. Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar.
15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,
15:29. Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.
15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.
15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
15:32. Berkatalah Dia, "Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?"
15:33. Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."
15:34. Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,
15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
15:36. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
15:37. Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
15:38. Hingga hari, waktu yang diketahui."
15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,
15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."
15:41. Berkata Dia, "Ini, bagi-Ku, adalah jalan lurus,
15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, yang bersalah.
15:43. Jahanam menjadi janji temu mereka, kesemuanya.
15:44. Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang telah ditentukan daripada mereka."
15:45. Tetapi orang-orang yang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.
15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan kesejahteraan, aman!"
15:47. Kami mencabutkan perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.
15:48. Keletihan tidak menyentuh mereka di dalamnya, dan tidak juga mereka akan dikeluarkan darinya.
15:49. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,
15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.
15:51. Dan beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu Ibrahim,
15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."
15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."
15:54. Berkata, "Apa, adakah kamu memberi aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku? Dengan apakah kamu memberi aku berita gembira?"
15:55. Mereka berkata, "Kami memberi kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
15:56. Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"
15:57. Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
15:59. Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami menyelamatkan kesemuanya,
15:60. Kecuali isterinya; kami menentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal."
15:61. Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga Lut,
15:62. Dia berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendatangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka meragui.
15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.
15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintahkan."
15:66. Dan Kami menentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong pada waktu pagi.
15:67. Dan penduduk kota itu datang, bergembira.
15:68. Berkata, "Mereka ini tetamuku; janganlah memalukan aku.
15:69. Dan takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku."
15:70. Mereka berkata, "Tidakkah kami telah melarang kamu daripada semua alam?"
15:71. Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu melakukan."
15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
15:73. Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu matahari terbit,
15:74. Dan Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.
15:75. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang menandakan.
15:76. Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.
15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin (yang mempercayai).
15:78. Sesungguhnya orang-orang Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang yang zalim.
15:79. Dan Kami melepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.
15:80. Orang-orang al-Hijr mendustakan para utusan.
15:81. Kami memberikan mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.
15:82. Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman.
15:83. Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu pagi.
15:84. Apa yang mereka mengusahakan tidak berguna bagi mereka.
15:85. Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.
15:86. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.
15:87. Kami memberikan kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.
15:88. Janganlah kamu memanjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami memberikan pasangan-pasangan antara mereka untuk bersenang, dan janganlah kamu bersedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.
15:89. Dan katakanlah, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."
15:90. Maka Kami menurunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,
15:91. Yang memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.
15:92. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan menanyai mereka kesemuanya.
15:93. Mengenai apa yang mereka telah buat.
15:94. Maka berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintahkan, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang menyekutukan.
15:95. Kami adalah mencukupi bagi kamu terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan,
15:96. Orang-orang yang mengadakan berserta Allah tuhan yang lain. Sungguh mereka akan mengetahui.
15:97. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa dada kamu menjadi sempit dengan apa yang mereka mengatakan.
15:98. Dan menyanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,
15:99. Dan sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu.