Surah 16
LEBAH
(128 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
16:1. Perintah Allah datang; maka janganlah minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.
16:2. Dia menurunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"
16:3. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.
16:4. Dia mencipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.
16:5. Dan binatang ternak, Dia menciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai kemanfaatkan, dan daripadanya kamu makan.
16:6. Dan terdapat kecantikan padanya bagi kamu, apabila kamu membawanya pulang untuk merehatkan, dan apabila kamu melepaskannya keluar untuk memakan rumput.
16:7. Dan mereka mengangkut beban-beban kamu ke sebuah negeri yang kamu tidak akan sampai padanya, melainkan dengan banyak kesusahan diri. Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.
16:8. Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu menunggangi mereka, dan sebagai perhiasan; dan Dia mencipta apa yang kamu tidak tahu.
16:9. Atas Allah untuk menunjukkan jalan, dan sebahagian ada yang menyimpang daripadanya. Jika Dia mengkehendaki, tentu Dia memberi petunjuk kepada kamu kesemuanya.
16:10. Dia yang menurunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu membiarkan ternakan kamu makan.
16:11. Dan dengannya Dia menumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.
16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.
16:13. Dan apa yang Dia menciptakan untuk kamu di bumi yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengingati.
16:14. Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.
16:15. Dan Dia melemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan sungai-sungai, dan jalan-jalan, supaya kamu mendapat petunjuk.
16:16. Dan tanda-tanda jalan; dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk.
16:17. Adakah Yang mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Tidakkah kamu mengingati?
16:18. Jika kamu menghitung rahmat Allah, kamu tidak dapat menjumlahkannya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
16:19. Dan Allah mengetahui apa yang kamu merahsiakan, dan apa yang kamu menyiarkan.
16:20. Dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak mencipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan,
16:21. Telah mati, tidak hidup, dan tidak menyedari bila mereka akan dibangkitkan.
16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, hati mereka menolak, dan mereka menyombongkan diri.
16:23. Tidak syaklah bahawa Allah mengetahui apa yang mereka merahsiakan, dan apa yang mereka menyiarkan; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang sombong.
16:24. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Apakah yang Pemelihara kamu menurunkan?" Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala."
16:25. Supaya mereka memikul beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka menyesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
16:26. Orang-orang yang sebelum mereka membuat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak menyedari.
16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia mengaibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang yang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang yang tidak percaya,
16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,
16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!
16:30. Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa, "Apakah yang Pemelihara kamu menurunkan?" Mereka berkata, "Baik!" Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia, baik; dan sungguh, tempat kediaman akhirat adalah lebih baik; sangat baiknya tempat tinggal orang-orang yang bertakwa,
16:31. Taman-Taman Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka mendapati apa yang mereka menghendaki. Begitulah Allah membalas orang-orang yang bertakwa,
16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."
16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
16:34. Maka kejahatan-kejahatan yang mereka buat menimpa mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka memperolok-olokkan.
16:35. Orang-orang yang mempersekutukan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah buat; tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.
16:36. Sesungguhnya Kami telah membangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang rasul, "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut." Kemudian antara mereka ada yang Allah memberi petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan.
16:37. Walaupun kamu sangat menginginkan untuk memberi petunjuk kepada mereka, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Dia menyesatkan; mereka tidak ada penolong-penolong.
16:38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
16:39. Supaya Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka memperselisihkan, dan supaya orang-orang yang tidak percaya mengetahui bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
16:40. Hanyalah perkataan-perkataan yang Kami mengatakan kepada sesuatu, apabila Kami menghendakinya, ialah bahawa Kami mengucapkan padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.
16:41. Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui,
16:42. Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka.
16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.
16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.
16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?
16:46. Atau, bahawa Dia tidak akan mengambil mereka dalam ulang-alik mereka, dan mereka tidak dapat mengandaskan-Nya?
16:47. Atau, bahawa Dia tidak mengambil mereka, sedikit demi sedikit, dengan menghancurkan mereka? Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.
16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?
16:49. Kepada Allah sujud segala yang di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para malaikat. Mereka tidak menyombongkan diri.
16:50. Mereka takut kepada Pemelihara mereka yang di atas mereka, dan mereka buat apa yang mereka diperintahkan.
16:51. Allah berkata, "Janganlah mengambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun."
16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama selama-lamanya. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?
16:53. Apa sahaja rahmat yang ada pada kamu, ia adalah daripada Allah; kemudian apabila penderitaan menyentuh kamu, kepada-Nya kamu melaung-laung.
16:54. Kemudian, apabila Dia menghilangkan penderitaan daripada kamu, tiba-tiba segolongan antara kamu menyekutukan Pemelihara mereka,
16:55. Kerana mereka tidak percaya kepada apa yang Kami memberikan mereka. Maka bergembiralah kamu; kelak kamu akan mengetahui.
16:56. Dan mereka membuatkan sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka kepada apa yang mereka tidak tahu. Demi Allah, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu mengada-adakan.
16:57. Dan mereka mengadakan bagi Allah anak-anak perempuan; Dia disanjung! Bagi mereka apa yang mereka menginginkan.
16:58. Dan apabila seseorang daripada mereka diberi berita gembira dengan seorang anak perempuan, mukanya menjadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya,
16:59. Sambil dia menyembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira kepadanya; sama ada dia akan memeliharanya dengan hina, atau dia menginjakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka memutuskan!
16:60. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, baginya persamaan yang buruk; bagi Allah persamaan yang tinggi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
16:61. Jika Allah mempertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia meninggalkan di atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia menangguhkan mereka ke satu tempoh yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
16:62. Mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka tidak menyukai; dan lidah mereka menyifatkan kedustaan bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
16:64. Dan Kami tidak menurunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu memperjelaskan kepada mereka apa yang padanya mereka memperselisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang mempercayai.
16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.
16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
16:67. Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu mengambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memahami.
16:68. Dan Pemelihara kamu mewahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan.
16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.
16:70. Allah mencipta kamu; kemudian Dia mematikan kamu; dan antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling hina, bahawa setelah mengetahui sesuatu, mereka tidak mengetahui apa-apa; sesungguhnya Allah Mengetahui, Berkuasa.
16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?
16:72. Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia merezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?
16:73. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak ada kuasa untuk memberi rezeki kepada mereka sedikit pun dari langit dan bumi, dan tidak boleh berbuat apa-apa?
16:74. Maka janganlah membuat persamaan bagi Allah; sesungguhnya Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
16:75. Allah membuat satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami merezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia menafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
16:76. Allah membuat satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya - di mana sahaja dia menghadapkannya, dia tidak mendatangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus?
16:77. Kepunyaan Allah keghaiban di langit dan bumi. Dan urusan Saat seperti sekelip mata, atau lebih dekat. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
16:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dengan tidak mengetahui sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia membuatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih.
16:79. Tidakkah mereka merenungkan burung-burung yang ditundukkan di udara di langit? Tiada yang menahannya melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.
16:80. Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.
16:81. Dan Allah membuatkan untuk kamu lindungan daripada apa yang Dia cipta, dan Dia membuatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia membuatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.
16:82. Maka, jika mereka berpaling, bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan yang jelas.
16:83. Mereka mengenali rahmat Allah, kemudian mereka menafikannya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.
16:84. Dan pada hari Kami membangkitkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, kemudian bagi orang-orang yang tidak percaya tidak diizinkan, dan tidak juga mereka diredai.
16:85. Dan apabila orang-orang yang membuat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada penangguhan diberi kepada mereka.
16:86. Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka melemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."
16:87. Dan mereka melemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
16:88. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, merekalah yang Kami menambahkan azab di atas azab kerana mereka membuat kerosakan.
16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.
16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.
16:92. Dan janganlah menjadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan memperjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu memperselisihkan.
16:93. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia mengkehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan sungguh, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu telah buat.
16:94. Janganlah menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan merasakan keburukan kerana kamu menghalangi daripada jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.
16:95. Dan janganlah menjual perjanjian Allah untuk harga yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
16:96. Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan membalas orang-orang yang bersabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.
16:97. Dan sesiapa yang membuat kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan membalas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.
16:98. Apabila kamu membaca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
16:99. Ia tidak ada kuasa terhadap orang-orang yang percaya, dan mempercayakan kepada Pemelihara mereka.
16:100. Kuasanya adalah terhadap orang-orang yang menjadikannya sahabat mereka, dan orang-orang yang menyekutukan.
16:101. Dan apabila Kami menukar satu ayat pada tempat ayat yang lain, dan Allah sangat mengetahui apa yang Dia menurunkan, mereka berkata, "Kamu hanyalah mengada-adakan!" Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
16:102. Katakanlah, "Roh Qudus (Suci) menurunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim."
16:104. Orang-orang yang tidak mempercayai ayat-ayat Allah, Allah tidak memberi petunjuk; bagi mereka, azab yang pedih.
16:105. Mereka hanya mengada-adakan dusta, yang tidak mempercayai ayat-ayat Allah, dan mereka itu, merekalah pendusta-pendusta.
16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
16:107. Itu adalah kerana mereka lebih menyukai kehidupan dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
16:108. Mereka itu, Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
16:109. Tidak syaklah, di akhirat merekalah orang-orang yang rugi.
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang berhijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang, dan bersabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
16:111. Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.
16:112. Allah membuat satu persamaan: sebuah bandar raya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka mengerjakan.
16:113. Sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka, tetapi mereka mendustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang yang zalim.
16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
16:116. Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
16:117. Sedikit kesenangan, kemudian bagi mereka, azab yang pedih.
16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah mengharamkan mereka apa yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
16:120. Sesungguhnya Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan.
16:121. Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia memberinya petunjuk pada jalan lurus.
16:122. Dan Kami memberikan dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.
16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan."
16:124. Sabat hanya dibuat ke atas orang-orang yang berselisih padanya; sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu ditimpa, dan sesungguhnya jika kamu bersabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
16:127. Dan bersabarlah; kesabaran kamu hanyalah dengan pertolongan Allah. Dan janganlah bersedih terhadap mereka, dan janganlah kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.
16:128. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat baik.