Surah 17

BANI ISRAIL

(111 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

17:2. Kami memberikan Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah mengambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."

17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih. 

17:4. Dan Kami telah menentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan membuat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."

17:5. Maka, apabila janji yang pertama daripada keduanya datang, Kami membangkitkan terhadap kamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, dan mereka menggeledah melintasi tempat-tempat tinggal, dan itu, satu janji yang dilakukan.

17:6. Kemudian Kami mengembalikan kepada kamu giliran terhadap mereka, dan Kami membantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan Kami membuat kamu satu kumpulan yang lebih besar.

17:7. "Jika kamu berbuat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu berbuat baik, dan jika kamu berbuat kejahatan, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang akhir datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan.

17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu mengasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami membuatkan Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang yang tidak percaya.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,

17:10. Dan bahawa orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menyediakan bagi mereka azab yang pedih.

17:11. Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.

17:12. Kami membuatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami menghapuskan ayat malam, dan Kami membuatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan; dan segala sesuatu Kami menjelaskan dengan cukup jelas.

17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka.

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."

17:15. Sesiapa yang mendapat petunjuk, dia hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami membangkitkan seorang rasul.

17:16. Dan apabila Kami menghendaki untuk memusnahkan sebuah bandar raya, Kami memerintahkan orang-orangnya yang hidup mewah, dan mereka melakukan kefasiqan di dalamnya, kemudian wajarlah Ucapan ke atasnya, dan Kami membinasakannya sama sekali.

17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami memusnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.

17:18. Sesiapa yang menghendaki kesegeraan (dunia ini), Kami menyegerakan baginya di dalamnya apa yang Kami mengkehendaki kepada sesiapa yang Kami mengkehendaki; kemudian Kami memberikannya Jahanam, di dalamnya dia dipanggang, dengan terkutuk, terbuang. 

17:19. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat, dan berusaha untuknya dengan usahanya yang sebenar, sedang dia seorang mukmin - mereka itu, usaha mereka disyukuri.

17:20. Masing-masing Kami bantu, mereka ini dan mereka itu, daripada kurnia Pemelihara kamu; dan kurnia Pemelihara kamu tidak terbatas.

17:21. Perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.

17:22. Janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.

17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

17:25. Pemelihara kamu sangat mengetahui apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.

17:26. Dan berilah sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros, memboroskan.

17:27. Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.

17:28. Tetapi jika kamu berpaling daripada mereka, untuk menginginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu berharapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.

17:29. Dan janganlah membuatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.

17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.

17:34. Dan janganlah mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.

17:35. Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

17:37. Dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat memecahbelahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.

17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu. 

17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu memilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia mengambil untuk-Nya daripada para malaikat anak-anak perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu mengucapkan.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; dan ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."

17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa yang mereka mengatakan!

17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun. 

17:45. Apabila kamu membaca al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang,

17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

17:47. Kami sangat mengetahui bagaimana mereka mendengarkannya, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka berbicara rahsia, apabila orang-orang yang zalim berkata, "Kamu hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir."

17:48. Perhatikanlah bagaimana mereka membuat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh mendapatkan jalan.

17:49. Mereka berkata, "Apa, apabila kami menjadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"

17:50. Katakanlah, "Jadilah kamu batu, atau besi,

17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih dahsyat menurut fikiran kamu!" Kemudian mereka berkata, "Siapakah yang akan mengembalikan kami?" Katakanlah, "Dia yang memulakan kamu pada kali pertama." Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, "Bilakah ia?" Katakanlah, "Boleh jadi ia sudah dekat,

17:52. Pada hari apabila Dia menyeru kamu, lalu kamu menyahuti dengan memuji-Nya, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja."

17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

17:54. Pemelihara kamu sangat mengetahui mengenai kamu; jika Dia mengkehendaki, Dia mengasihani kamu, atau jika Dia mengkehendaki, Dia mengazab kamu. Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi wakil kepada mereka.

17:55. Dan Pemelihara kamu sangat mengetahui semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah melebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian yang lain; dan Kami memberikan Daud Zabur. 

17:56. Katakanlah, "Panggillah orang-orang yang kamu mendakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk menghilangkan penderitaan daripada kamu, dan tidak juga untuk memindahkannya."

17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.

17:58. Tiadalah sesebuah bandar raya, melainkan Kami memusnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.

17:59. Tiada yang menghalangi Kami daripada mengutuskan ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan Kami memberikan Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak mengutuskan ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.

17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami membuatkan visi yang Kami memperlihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.

17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"

17:62. Berkata, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau memuliakan di atas aku - jika Engkau memberi tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit."

17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan.

17:65. "Sesungguhnya kepada hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa." Cukuplah Pemelihara kamu sebagai wakil.

17:66. Pemelihara kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu mencari pemberian-Nya; sesungguhnya Dia adalah Pengasih terhadap kamu.

17:67. Dan apabila penderitaan menyentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).

17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu?

17:69. Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?

17:70. Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

17:71. Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

17:72. Dan sesiapa yang buta di sini menjadi buta di akhirat, dan dia menjadi lebih jauh sesat daripada jalan.

17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir menggoda kamu daripada apa yang Kami mewahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan mengambil kamu sebagai sahabat.

17:74. Dan sekiranya Kami tidak memperteguhkan kamu, sungguh, kamu hampir cenderung sedikit kepada mereka dengan sesuatu.

17:75. Kemudian tentu Kami akan merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda daripada kematian; dan kemudian kamu tentu mendapati tiada sesiapa yang menolong kamu terhadap Kami.

17:76. Sungguh, mereka hampir mengejutkan kamu daripada bumi, untuk mengeluarkan kamu darinya, dan kemudian mereka tidak akan tinggal di belakang kamu melainkan sebentar,

17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang Kami utus sebelum kamu, daripada rasul-rasul Kami, dan kamu akan mendapati tiada perubahan pada sunnah Kami.

17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

17:80. Dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku."

17:81. Dan katakanlah, "Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap."

17:82. Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang yang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.

17:83. Dan apabila Kami merahmati manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia berputus asa.

17:84. Katakanlah, "Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat mengetahui siapa dia yang lebih mendapat petunjuk pada jalan."

17:85. Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."

17:86. Jika Kami mengkehendaki, Kami menghilangkan apa yang Kami telah mewahyukan kamu, kemudian kamu mendapati tiada daripada itu untuk mewakili kamu terhadap Kami,

17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.

17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."

17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

17:90. Mereka berkata, "Kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kamu memancarkan mata air daripada bumi untuk kami,

17:91. Atau, sehingga kamu mempunyai kebun (jannah) palma dan anggur, dan kamu menjadikan sungai-sungai memancar berlimpah-limpah di celah-celahnya,

17:92. Atau, sehingga kamu menjatuhkan langit, sebagaimana kamu mendakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu mendatangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,

17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan emas, atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan mempercayai kenaikan kamu sehingga kamu menurunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang rasul?"

17:94. Dan tiada yang menghalangi manusia daripada mempercayai apabila petunjuk datang kepada mereka melainkan bahawa mereka berkata, "Adakah Allah membangkitkan seorang manusia sebagai rasul?"

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami menurunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai rasul."

17:96. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi, antara aku dan kamu; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya."

17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala.

17:98. Itulah balasan mereka kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Apa, apabila kami menjadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"

17:99. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia menentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang yang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

17:100. Katakanlah, "Jika kamu memiliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut."

17:101. Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir."

17:102. Berkata, "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa tiada yang menurunkan ini semua, melainkan Pemelihara langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku menyangka kamu dibinasakan."

17:103. Dia menghendaki untuk mengejutkan mereka daripada bumi; dan Kami menenggelamkan dia dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya.

17:104. Dan Kami berkata kepada Bani Israil selepas dia, "Tinggallah di bumi; dan apabila janji akhirat datang, Kami mendatangkan kamu sebagai khalayak ramai."

17:105. Dengan yang benar Kami menurunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak mengutus kamu melainkan sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran,

17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.

17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,

17:108. Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'

17:109. Dan mereka jatuh di atas dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati mereka."

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

17:111. Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.


Daftar Surah