Surah 19

MARIAM

(98 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

19:1. Kaf Ha Ya Ain Sad.

19:2. Ingatkanlah (sebutkanlah) mengenai pengasihan Pemelihara kamu kepada hamba-Nya, Zakaria.

19:3. Apabila dia memanggil Pemeliharanya dengan panggilan yang berahsia.

19:4. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara.

19:5. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris),

19:6. Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati."

19:7. "Wahai Zakaria, Kami memberi kamu berita gembira mengenai seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami membuatkan nama seperti ini sebelumnya."

19:8. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan mempunyai seorang anak lelaki sedang isteriku mandul, dan aku telah sampai umur yang sangat tua?"

19:9. Berkatalah Dia, "Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku, memandangkan Aku telah mencipta kamu sebelum itu, sedang kamu sama sekali tiada.'"

19:10. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah untukku satu ayat (tanda)." Berkatalah Dia, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata kepada manusia dalam keadaan tanpa cacat, selama tiga malam."

19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia mewahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang."

19:12. "Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan kekuatan"; dan Kami memberinya Putusan semasa kanak-kanak lagi,

19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,

19:14. Dan seorang yang taat kepada ibu bapanya, dan dia tidak sombong, ingkar.

19:15. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.

19:16. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Mariam, apabila dia berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.

19:17. Dan dia mengambil satu hijab (tabir), menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami mengutus kepadanya Roh Kami yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat.

19:18. Berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!"

19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci."

19:20. Berkata, "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?"

19:21. Dia berkata, "Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan.'"

19:22. Lalu dia mengandungnya, dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh.

19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang dilupakan!"

19:24. Tetapi apa yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak, janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu mengadakan di bawah kamu sebuah anak sungai.

19:25. Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak. 

19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

19:27. Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang."

19:29. Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?"

19:30. Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.

19:31. Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,

19:32. Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.

19:33. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."

19:34. Itulah Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.

19:35. Tiadalah bagi Allah untuk mengambil kepada-Nya seorang anak. Dia disanjung! Apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.

19:36. Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.

19:37. Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar.

19:38. Alangkah terangnya mereka mendengar dan melihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang yang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.

19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak mempercayai.

19:40. Sesungguhnya Kami akan mewarisi bumi, dan semua yang di atasnya, dan kepada Kami mereka akan dikembalikan.

19:41. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

19:42. Apabila dia berkata kepada bapanya, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?

19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.

19:44. Ayah, janganlah menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.

19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi wali (sahabat) syaitan."

19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu mengundurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan merejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."

19:47. Dia berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu! Aku akan meminta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.

19:48. Dan aku akan menjauhkan diri daripada kamu, dan apa yang kamu seru, selain daripada Allah; aku berseru kepada Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam doaku kepada Pemeliharaku, sengsara."

19:49. Maka, apabila dia menjauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami memberikannya Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami menjadikan Nabi.

19:50. Dan Kami memberi mereka daripada pengasihan Kami, dan Kami membuat mereka lisan (lidah) yang benar, amat tinggi.

19:51. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.

19:52. Kami memanggilnya dari sebelah kanan gunung, dan Kami mendekatkannya dalam perhubungan.

19:53. Dan Kami memberikan dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.

19:54. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.

19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya bersolat dan zakat, dan dia memuaskan hati Pemeliharanya.

19:56. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

19:57. Kami menaikkan dia ke tempat yang tinggi.

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,

19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,

19:61. Taman-Taman Adn, apa Yang Pemurah menjanjikan hamba-hamba-Nya dengan yang ghaib; janji-Nya pasti datang.

19:62.  Di dalamnya, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya, "Salam", dan di dalamnya, mereka mendapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.

19:63. Itulah Taman yang Kami akan mewariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertakwa.

19:64. Kami tidak turun kecuali dengan perintah Pemelihara kamu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan kami, dan apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara demikian itu. Dan Pemelihara kamu bukanlah pelupa.

19:65. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan bersabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya; adakah kamu mengetahui sesiapa yang boleh dinamakan dengan nama-Nya?

19:66. Manusia berkata, "Apa, apabila aku telah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?"

19:67. Tidakkah manusia teringat bahawa Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?

19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.

19:69. Kemudian Kami menarik keluar daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam memandang rendah kepada Yang Pemurah.

19:70. Kemudian Kami sangat mengetahui orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya.

19:71. Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan dia akan turun kepadanya; itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu yang telah ditentukan, diputuskan.

19:72. Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut.

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"

19:74. Dan berapa banyaknya generasi yang Kami telah memusnahkan sebelum mereka yang lebih baik peralatan rumah dan pengunjukan luarnya!

19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."

19:76. Dan Allah akan menambahkan kepada orang-orang yang mendapat petunjuk dalam petunjuk; dan yang kekal, kerja-kerja kebaikan, adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya.

19:77. Adakah kamu melihat orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Sungguh, aku akan diberi harta dan anak-anak"?

19:78. Apa, adakah dia melihat yang ghaib, atau adakah dia telah mengambil perjanjian dengan Yang Pemurah?

19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang mereka mengatakan, dan Kami akan memanjangkan baginya azab, dengan panjang.

19:80. Dan Kami mewarisi daripada dia apa yang dia mengatakan, dan dia datang kepada Kami bersendirian.

19:81. Dan mereka mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Allah, supaya mereka mendapatkan bagi mereka kekuatan.

19:82. Tidak sekali-kali! Kelak mereka akan tidak mempercayakan penyembahan mereka, dan mereka akan menjadi musuh mereka yang berlawanan.

19:83. Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?

19:84. Maka janganlah kamu tergesa-gesa terhadap mereka; Kami hanya menghitung untuk mereka, dengan satu penghitungan.

19:85. Pada hari Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran,

19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,

19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan Yang Pemurah perjanjian.

19:88. Dan mereka berkata, "Yang Pemurah mengambil kepada-Nya seorang anak."

19:89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu yang sangat buruk!

19:90. Hampir-hampir langit pecah kerananya, dan bumi terpecah belah, dan gunung-gunung jatuh kehancuran,

19:91. Bahawa mereka mendakwakan bagi Yang Pemurah seorang anak,

19:92. Dan tidak patut bagi Yang Pemurah mengambil kepada-Nya seorang anak.

19:93. Tiada sesuatu yang di langit dan di bumi melainkan ia datang kepada Yang Pemurah sebagai hamba.

19:94. Sesungguhnya Dia menjumlahkan mereka, dan Dia menghitung mereka dengan penghitungan.

19:95. Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian.

19:96. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, kepada mereka Yang Pemurah akan meletakkan rasa kasih sayang.

19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum paling degil.

19:98. Dan berapa banyaknya generasi yang Kami telah memusnahkan sebelum mereka! Adakah kamu melihat sebanyak seorang pun daripada mereka, atau mendengar daripada mereka satu bisikan?


Daftar Surah