Surah 20
THA HA
(135 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
20:1. Tha Ha.
20:2. Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara,
20:3. Tetapi hanya sebagai peringatan bagi orang yang takut.
20:4. Satu penurunan daripada-Nya yang mencipta bumi dan langit yang tinggi.
20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,
20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa yang di dalam bumi, dan semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah.
20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.
20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang paling baik.
20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?
20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk."
20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Wahai Musa,
20:12. Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkanlah kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa.
20:13. Aku Sendiri telah memilih kamu; maka dengarlah apa yang diwahyukan.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.
20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir merahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan usahanya.
20:16. Janganlah sesiapa menghalangi kamu daripadanya, yang tidak mempercayainya dan mengikuti keinginannya, atau kamu akan binasa.
20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"
20:18. Berkata, "Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku mendapati padanya."
20:19. Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai Musa!"
20:20. Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia menjadi ular yang merayap.
20:21. Berkata, "Ambillah ia, dan janganlah takut; Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang pertama.
20:22. Dan kepitkanlah tangan kamu pada sayap (ketiak) kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat yang kedua,
20:23. Untuk Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat Kami yang terbesar.
20:24. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas."
20:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku,
20:26. Dan mudahkanlah untukku urusanku.
20:27. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku),
20:28. Supaya mereka memahami ucapanku.
20:29. Lantikkanlah untukku, daripada keluargaku, seorang wazir,
20:30. Harun, saudaraku.
20:31. Dengan dia, teguhkanlah kekuatanku,
20:32. Dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku,
20:33. Supaya kami menyanjung Engkau dengan banyak,
20:34. Dan mengingat Engkau dengan banyak.
20:35. Sesungguhnya Engkaulah yang melihat pada kami."
20:36. Berkatalah Dia, "Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.
20:37. Pada kali yang lain, Kami telah pun berbudi baik kepada kamu,
20:38. Apabila Kami mewahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu,
20:39. 'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparkanlah dia ke laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku melemparkan kepada kamu kasih sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:41. Aku telah memilih kamu untuk diri-Ku,
20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan janganlah lalai untuk mengingati-Ku.
20:43. Pergilah kamu berdua kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas.
20:44. Namun begitu, ucapkanlah dengan lemah lembut kepadanya; mudah-mudahan dia mengingati, atau dia takut."
20:45. Keduanya berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami takut bahawa dia bersegera menyeksa kami, atau melampaui batas."
20:46. Berkatalah Dia, "Jangan takut. Sesungguhnya Aku berserta kamu, mendengar dan melihat.
20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk!
20:48. Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang mendustakan dan berpaling.'"
20:49. Berkata, "Siapakah Pemelihara kamu, wahai Musa?"
20:50. Berkata, "Pemelihara kami ialah Dia yang memberikan segala sesuatu ciptaannya, kemudian memberinya petunjuk."
20:51. Berkata, "Dan bagaimanakah dengan generasi-generasi dahulu?"
20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.
20:53. Dia yang membuatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan menurunkan air dari langit, dan dengannya Kami mengeluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.
20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai pengertian.
20:55. Daripadanya Kami mencipta kamu, dan kepadanya Kami mengembalikan kamu, dan mengeluarkan kamu darinya pada kali yang kedua."
20:56. Maka Kami memperlihatkan kepadanya semua ayat-ayat Kami, tetapi dia mendustakan, dan dia menolak.
20:57. Berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa?
20:58. Sungguh, kami akan mendatangkan kepada kamu sihir yang serupa dengannya; maka buatlah satu janji temu antara kami dan kamu di suatu tempat yang disetujui bersama, dan kami tidak memungkirinya, dan tidak juga kamu."
20:59. Berkata, "Janji temu kamu ialah Hari Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi)."
20:60. Firaun berpaling, dan mengumpulkan muslihatnya. Kemudian dia datang.
20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."
20:62. Dan mereka berbalahan dalam urusan mereka antara mereka, dan berbicara secara rahsia.
20:63. Mereka berkata, "Dua orang ini adalah ahli-ahli sihir, dan mereka menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu dengan sihir mereka, dan untuk menghilangkan tarekat (jalan) kamu yang terutama.
20:64. Maka kumpulkanlah muslihat kamu, kemudian datanglah dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh beruntung."
20:65. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu yang akan melempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?"
20:66. Berkata, "Tidak, kamu lemparlah!" Dan tiba-tiba ia, seolah-olah nampak kepadanya, daripada sihir mereka, tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka merayap,
20:67. Dan Musa berasa takut di dalam dirinya.
20:68. Kami berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kamulah yang tinggi,
20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan menelan apa yang mereka buat; mereka hanya membuat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."
20:70. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa."
20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan memotong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan mengetahui siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."
20:72. Mereka berkata, "Kami tidak akan lebih menyukai kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskanlah apa yang kamu akan memutuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini.
20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami, dan sihir yang kamu memaksa kami melakukannya; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."
20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.
20:75. Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sebagai seorang mukmin, setelah membuat kerja-kerja kebaikan, maka mereka itu, bagi mereka darjat yang tertinggi.
20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang yang menyucikan diri.
20:77. Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."
20:78. Firaun mengikuti mereka dengan tenteranya, tetapi mereka ditutupi oleh laut, mereka ditutup.
20:79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya, dan tidak memberi petunjuk.
20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah menyelamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan menurunkan kepada kamu manna dan salwa.
20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami merezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa yang diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, dia tercebur dalam kebinasaan.
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan akhirnya mendapat petunjuk."
20:83. "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?"
20:84. Berkata, "Mereka adalah di atas jejakku; aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati Engkau."
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka."
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"
20:87. Mereka berkata, "Kami tidak memungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami diberati oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami melemparkan mereka, seperti demikianlah Samiri melemparkan mereka, ke dalam api."
20:88. Kemudian dia mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:89. Apa, tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak mengembalikan ucapan kepada mereka, dan tidak juga ada sebarang kuasa untuk memudaratkan atau memanfaatkan mereka?
20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku."
20:91. Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami."
20:92. Berkata, "Apakah yang menghalangi kamu, wahai Harun, apabila kamu melihat mereka sesat,
20:93. Supaya kamu tidak mengikuti aku? Adakah kamu mengingkari perintahku?"
20:94. Berkata, "Wahai anak ibuku, janganlah mengambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut bahawa kamu akan berkata, 'Kamu telah memecahkan Bani Israil, dan kamu tidak mengendahkan ucapanku.'"
20:95. Berkata, "Dan kamu, Samiri, apakah urusan kamu?"
20:96. Berkata, "Aku melihat apa yang mereka tidak lihat, dan aku mengambil segenggam debu daripada jejak rasul, dan melemparnya ke dalam benda itu. Demikianlah jiwaku menghasutku."
20:97. Berkata, "Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan menaburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.
20:98. Tuhan kamu hanyalah Allah; tidak ada tuhan, melainkan Dia sahaja, yang dalam pengetahuan-Nya merangkumi segala sesuatu."
20:99. Demikianlah Kami menceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami memberikan kamu satu peringatan daripada sisi Kami.
20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,
20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!
20:102. Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,
20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, "Kamu tinggal hanya sepuluh malam."
20:104. Kami sangat mengetahui apa yang mereka mengatakan, apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, "Kamu tinggal hanya sehari."
20:105. Mereka menanyai kamu mengenai gunung-gunung. Katakanlah, "Pemelihara aku akan menaburkan mereka, bertaburan,
20:106. Kemudian Dia meninggalkan mereka menjadi lubang yang rata,
20:107. Di mana kamu melihat tiada yang bengkok, dan tiada juga sebarang yang lengkok."
20:108. Pada hari itu, mereka mengikuti penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu mendengar tiada, kecuali bisikan.
20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati.
20:110. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahuinya dalam pengetahuan.
20:111. Dan muka-muka tunduk kepada Yang Hidup, Yang Kekal; dan kecewalah orang yang bebannya kezaliman.
20:112. Tetapi sesiapa yang membuat kerja-kerja kebaikan, sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga ketidakadilan.
20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.
20:114. Maka, tingginya Allah, Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."
20:115. Dan Kami telah membuat perjanjian dengan Adam sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami mendapati padanya tiada tekad yang kuat.
20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.
20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu menjadi sengsara.
20:118. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang,
20:119. Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan."
20:120. Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"
20:121. Maka kedua mereka memakan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu silaplah dia.
20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.
20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara.
20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta."
20:125. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, mengapakah Engkau membangkitkan aku buta, padahal aku seorang yang boleh melihat?"
20:126. Berkata, "Demikianlah; ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu melupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan."
20:127. Begitulah Kami membalas orang yang membazir (berlebihan), dan yang tidak mempercayai ayat-ayat Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras, dan lebih kekal.
20:128. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah memusnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai pengertian.
20:129. Dan sekiranya tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, dan satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia telah mengikat.
20:130. Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka mengatakan, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat berpuas hati.
20:131. Janganlah kamu memanjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami memberikan pasangan-pasangan antara mereka, untuk bersenang dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami menguji mereka dengannya; dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya; Kami tidak meminta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang yang bertakwa.
20:133. Mereka berkata, "Mengapa dia tidak mendatangkan kepada kami satu ayat daripada Pemeliharanya?" Tidakkah telah datang kepada mereka bukti yang jelas daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan yang pertama (dahulu)?
20:134. Sekiranya Kami membinasakan mereka dengan satu azab sebelumnya, tentu mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tidak mengutus kepada kami seorang rasul supaya kami mengikuti ayat-ayat Engkau, sebelum itu kami dihina dan direndahkan?"
20:135. Katakanlah, "Masing-masing sedang menunggu; maka tunggulah, dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapakah orang-orang yang di atas jalan yang datar, dan siapa yang mendapat petunjuk."