Surah 23
ORANG-ORANG MUKMIN
(118 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,

23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;

23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling;

23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;

23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;

23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;

23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;

23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka awasi;

23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka jagai;

23:10. Mereka itulah pewaris-pewaris,

23:11. Yang mewarisi Firdaus, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

23:12. Kami cipta manusia daripada sari tanah liat,

23:13. Kemudian Kami buat dia setitis mani di dalam satu bekas yang kukuh,

23:14. Kemudian Kami ciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami ciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami ciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami kelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami tumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta paling baik!

23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.

23:16. Kemudian pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan.

23:17. Dan Kami ciptakan di atas kamu tujuh tarekat (jalan), dan Kami tidak lalai terhadap ciptaan.

23:18. Dan Kami turunkan dari langit air, menurut ukuran, dan Kami tempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk hilangkannya.

23:19. Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengannya kebun-kebun palma dan anggur, di dalamnya terdapat banyak buah-buahan untuk kamu, dan daripadanya kamu makan.

23:20. Dan pokok yang keluar dari Gunung Sinai, menghasilkan minyak dan bumbu (penyedap makanan) untuk semua yang makan.

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

23:22. Dan di atasnya, dan di atas kapal, kamu dibawa.

23:23. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"

23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang hendak menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

23:25. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang gila; maka tunggulah padanya untuk satu waktu."

23:26. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku."

23:27. Kemudian Kami wahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan janganlah berucap kepada-Ku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan.

23:28. Kemudian, apabila kamu sudah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang selamatkan kami daripada kaum yang zalim.'

23:29. dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.'"

23:30. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat, dan sesungguhnya Kami uji.

23:31. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan generasi yang lain,

23:32. Dan Kami utus di kalangan mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"

23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, yang dustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya Kami beri kesenangan dalam kehidupan dunia, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa kamu makan, dan minum apa kamu minum.

23:34. Jika kamu taati manusia yang serupa dengan kamu, maka kamulah orang-orang yang akan rugi.

23:35. Apa, adakah dia janjikan kamu bahawa apabila kamu sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan?

23:36. Jauh, jauh, dengan apa kamu dijanjikan!

23:37. Tidaklah ia melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan kita tidak akan dibangkitkan.

23:38. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kami tidak mukmin kepadanya."

23:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku."

23:40. Berkatalah Dia, "Dalam sedikit waktu, mereka akan jadi penuh sesal."

23:41. Dan Teriakan ambil mereka dengan patut, dan Kami buat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!

23:42. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan generasi-generasi yang lain.

23:43. Tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mereka melambatkannya.

23:44. Kemudian Kami utus Rasul-Rasul Kami berturut-turut. Setiap kali Rasulnya datang kepada satu umat, mereka dustakannya, maka Kami jadikan sebahagian mereka mengikuti sebahagian yang lain, dan Kami buat mereka hadis (buah tutur); maka nyahlah kaum yang tidak percayai!

23:45. Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

23:46. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang tinggi.

23:47. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kita akan percayai dua manusia yang serupa dengan kita, yang kaumnya hamba-hamba kita?"

23:48. Maka mereka dustakan keduanya, dan mereka termasuk orang-orang yang dimusnahkan.

23:49. Dan kami beri Musa Kitab supaya mereka dapat petunjuk.

23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat (tanda), dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

23:51. "Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu kerjakan,

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."

23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka.

23:54. Maka tinggalkanlah mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu.

23:55. Apa, adakah mereka sangka bahawa Kami bantu mereka dengan harta dan anak-anak,

23:56. Kami bersegera dalam kebajikan untuk mereka? Tidak, tetapi mereka tidak sedar.

23:57. Sesungguhnya orang-orang yang ketakutan dalam takuti Pemelihara mereka,

23:58. Dan orang-orang yang percayai ayat-ayat Pemelihara mereka,

23:59. Dan orang-orang yang tidak sekutukan Pemelihara mereka,

23:60. Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,

23:61. Mereka itu bersegera dalam kebajikan dengan mendahuluinya.

23:62. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.

23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.

23:64. Sehingga, apabila Kami ambil dengan azab orang-orang antara mereka yang hidup mewah, tiba-tiba mereka melaung-laung.

23:65. "Jangan melaung-laung pada hari ini; sesungguhnya kamu tidak akan ditolong daripada Kami.

23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu, tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,

23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap percakapan kosong pada waktu malam."

23:68. Tidakkah mereka renungkan ucapan, atau telah datang kepada mereka apa yang tidak datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu kala?

23:69. Atau, tidakkah mereka kenal pada Rasul mereka, lalu menafikannya?

23:70. Atau mereka berkata, "Dia gila"? Tidak, dia datangkan kepada mereka yang benar, tetapi kebanyakan mereka benci pada yang benar.

23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.

23:72. Atau kamu minta kepada mereka ufti? Ufti daripada Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

23:73. Sesungguhnya kamu seru mereka ke jalan lurus,

23:74. Dan sesungguhnya orang-orang tidak percayai akhirat menyimpang daripada jalan.

23:75. Sekiranya Kami kasihani mereka, dan hilangkan mudarat yang ada bersama mereka, tentu mereka berterusan dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

23:76. Kami telah pun ambil mereka dengan azab, tetapi mereka tidak tunduk kepada Pemelihara mereka, dan tidak juga mereka rendahkan diri,

23:77. Sehingga, apabila Kami bukakan kepada mereka pintu azab yang keras, tiba-tiba mereka berputus asa padanya.

23:78. Dia yang tumbuhkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit kesyukuran (terima kasih) kamu tunjukkan.

23:79. Dia yang kembangbiakkan kamu di bumi, dan kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu faham?

23:81. Tidak, tetapi mereka mengatakan yang serupa dengan apa orang-orang dahulu kala berkata.

23:82. Mereka berkata, "Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

23:83. Kami dan bapa-bapa kami telah dijanjikan yang ini dari dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

23:84. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah bumi dan sesiapa yang di dalamnya, jika kamu tahu?"

23:85. Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu mengingati?"

23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"

23:87. Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"

23:88. Katakanlah, "Di tangan siapakah dominion segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu tahu?"

23:89. Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Bagaimanakah pula kamu disihir?"

23:90. Tidak, tetapi Kami datangkan kepada mereka yang benar, dan mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

23:91. Allah tidak ambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa mereka terangkan.

23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

23:93. Katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, jika Engkau lihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan,

23:94. Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau letak aku di kalangan kaum yang zalim."

23:95. Sesungguhnya Kami berkuasa untuk perlihatkan kepada kamu apa yang Kami janjikan mereka.

23:96. Tangkislah kejahatan dengan apa yang lebih baik. Kami Sendiri sangat-sangat tahu apa yang mereka terangkan.

23:97. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,

23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."

23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,

23:100. Supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan." Tidak, ia hanyalah satu kata yang dia ucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan.

23:101. Maka apabila trompet ditiup, pada hari itu tidak akan ada pertalian keluarga lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya.

23:102. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.

23:103. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya.

23:104. Api bakar muka-muka mereka semasa mereka pandang dengan marah di dalamnya.

23:105. "Apa, tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu dustakannya?"

23:106. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.

23:107. Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami darinya! Jika kami mengulanginya, sungguh, kami akan jadi orang-orang zalim."

23:108. Berkata, "Selinaplah kamu ke dalamnya, dan janganlah berkata-kata kepada-Ku.

23:109. Ada segolongan hamba-hamba-Ku yang berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan.'

23:110. Tetapi kamu ambil mereka untuk buah ejekan sehingga mereka buat kamu lupakan Peringatan-Ku, dengan ketawakan mereka.

23:111. Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.

23:112. Berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal di bumi, dengan bilangan tahun?"

23:113. Mereka berkata, "Kami tinggal sehari, atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!"

23:114. Berkata, "Tidaklah kamu tinggal melainkan sebentar, sekiranya kamu tahu.

23:115. Apa, adakah kamu sangka Kami cipta kamu hanya untuk bermain-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.

23:118. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan."

Daftar Surah