Surah 27

SEMUT

(93 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,

27:3. Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat.

27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.

27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku melihat api, dan aku akan mendatangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan mendatangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."

27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!

27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,

27:11. Kecuali orang yang membuat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.

27:12. Masukkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."

27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."

27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada kesombongan. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan!

27:15. Dan Kami telah memberikan Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang melebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benarlah pemberian yang nyata."

27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.

27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak menyedari."

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."

27:20. Dan dia memeriksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak melihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?

27:21. Sungguh, aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia mendatangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.

27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,

27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang mengeluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan.

27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."

27:27. Berkata, "Kami akan melihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa yang mereka mengembalikan."

27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,

27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"

27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu mempersaksikan aku."

27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa yang kamu akan memerintahkan."

27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka memasuki sebuah bandar raya, merosakinya dan membuatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.

27:35. Sesungguhnya aku mengutus satu hadiah kepada mereka, dan lihatlah apa yang utusan-utusan membawa kembali."

27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu membantu aku dengan harta, dan apa yang Allah memberikan aku adalah lebih baik daripada apa yang Dia memberikan kamu? Tidak, tetapi kamu bergembira dengan hadiah kamu!

27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk menghadapinya, dan kami akan mengusir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."

27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan mendatangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."

27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."

27:41. Berkata, "Samarkanlah singgahsananya untuknya, dan kita akan melihat, sama ada dia mendapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak mendapat petunjuk."

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum yang tidak percaya (kafir)."

27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."

27:45. Dan Kami telah mengutus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, "Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka menjadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.

27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapakah kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak meminta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"

27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."

27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita mengatakan kepada walinya (pelindungnya), kita tidak menyaksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

27:50. Dan mereka membuat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami sebaliknya membuat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak menyedari.

27:51. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami membinasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.

27:52. Itulah rumah-rumah mereka, semuanya telah roboh disebabkan mereka membuat kezaliman; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengetahui.

27:53. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?

27:55. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki dengan syahwat (hawa nafsu) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandar raya kamu; mereka adalah orang-orang yang membersihkan diri!"

27:57. Maka Kami menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami menentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

27:58. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang yang diberi amaran.

27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan kesejahteraan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka menyekutukan?

27:60. Atau, siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami menumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat menumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang menyetarakan-Nya.

27:61. Atau, siapakah yang membuatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan meletakkan sungai-sungai di celah-celahnya, dan mengadakan untuknya gunung-gunung, dan meletakkan satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

27:63. Atau, siapakah yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka menyekutukan.

27:64. Atau, siapakah yang memulai ciptaan, kemudian mengembalikannya semula, dan memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"

27:65. Katakanlah, "Tiada yang mengetahui yang ghaib di langit dan bumi melainkan Allah. Dan mereka tidak menyedari bila mereka akan dibangkitkan."

27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.

27:67. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Apa, apabila kita menjadi tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?

27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa."

27:70. Janganlah bersedih terhadap mereka, dan jangan juga kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.

27:71. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

27:72. Katakanlah, "Mungkin di belakang kamu sudah pun ada sebahagian apa yang kamu minta disegerakan."

27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

27:74. Sesungguhnya Pemelihara kamu mengetahui apa yang dada mereka menyembunyikan, dan apa yang mereka menyiarkan.

27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka memperselisihkan.

27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.

27:78. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka dengan Putusan-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

27:79. Maka percayakanlah (tawakallah) kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang nyata.

27:80. Kamu tidak dapat menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

27:81. Kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat menjadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang mempercayai ayat-ayat Kami, dan menjadi muslim.

27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami mengeluarkan untuk mereka dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka - manusia tidak yakin akan ayat-ayat Kami.

27:83. Pada hari Kami mengumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris,

27:84. Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu telah buat?"

27:85. Dan Ucapan jatuh kepada mereka kerana mereka membuat kezaliman semasa mereka tidak berkata-kata.

27:86. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami membuatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mempercayai.

27:87. Pada hari trompet ditiupkan, dan terkejutlah sesiapa sahaja yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri.

27:88. Dan kamu melihat gunung-gunung yang kamu menyangka tidak bergerak, melalui seperti awan-awan melalui - hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala sesuatu dengan sangat baik. Dia menyedari apa yang kamu buat.

27:89. Sesiapa yang datang dengan yang baik, dia mendapat yang lebih baik daripada itu; dan mereka menjadi aman daripada kejutan hari itu.

27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan apa yang kamu buat?"

27:91. Aku hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim,

27:92. Dan untuk membaca al-Qur'an. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

27:93. Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah. Dia akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan mengenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa yang kamu buat."


Daftar Surah