Surah 29
LABAH-LABAH BETINA
(69 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
29:1. Alif Lam Mim.
29:2. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
29:3. Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia mengetahui pendusta-pendusta.
29:4. Atau, adakah mereka menyangka, orang-orang yang membuat kejahatan, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka memutuskan!
29:5. Sesiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Allah, tempoh Allah pasti datang; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
29:6. Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan membalas mereka dengan yang paling baik daripada apa yang mereka buat.
29:8. Kami mewasiatkan manusia supaya dia berbuat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu menyekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.
29:9. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan memasukkan mereka di kalangan orang-orang yang salih.
29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia membuatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat mengetahui apa yang di dalam dada semua alam?
29:11. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengetahui orang-orang munafik.
29:12. Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan biarlah kami memikul pelanggaran-pelanggaran kamu", padahal mereka tidak boleh memikul sesuatu, walaupun pelanggaran-pelanggaran mereka sendiri; mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.
29:14. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir mengambil mereka sedang mereka orang-orang yang zalim.
29:15. Namun begitu, Kami menyelamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.
29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-hala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
29:18. Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah mendustakan; dan hanyalah atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."
29:19. Tidakkah mereka melihat bagaimana Allah memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula? Sesungguhnya itu, bagi Allah mudah.
29:20. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah menjadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu,
29:21. Dengan mengazab siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengasihani sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan kepada-Nya kamu akan dibalikkan.
29:22. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi dan tidak juga di langit, dan kamu tiada, selain daripada Allah, wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
29:23. Dan orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa daripada pengasihan-Ku, dan bagi mereka, azab yang pedih."
29:24. Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian Allah menyelamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.
29:25. Dan berkata, "Kamu mengambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu melaknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."
29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku berhijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
29:27. Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami membuatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami memberi dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.
29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu melakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah melakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan."
29:31. Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."
29:33. Apabila rasul-rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
29:34. Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana mereka berbuat kefasiqan."
29:35. Dan sesungguhnya Kami meninggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang memahami.
29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
29:37. Tetapi mereka mendustakan dia; maka gempa bumi mengambil mereka, dan pagi mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.
29:40. Masing-masing Kami mengambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami mengutus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami membuatkan bumi menelan mereka, dan sebahagian Kami menenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
29:41. Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka mengetahui.
29:42. Allah mengetahui apa sahaja benda yang mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
29:43. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia, dan tiadalah yang memahaminya melainkan orang-orang yang tahu.
29:44. Allah mencipta langit dan bumi dengan yang benar; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang-orang mukmin.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.
29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah, "Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."
29:47. Begitulah Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab. Orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan al-Kitab mempercayainya; dan sebahagian mereka ini mempercayainya; dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang tidak percaya (kafir).
29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.
29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang yang diberi pengetahuan; dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
29:50. Mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang mempercayai.
29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."
29:53. Dan mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari.
29:54. Mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.
29:55. Pada hari azab menutupi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, "Rasalah apa yang kamu telah buat!"
29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!
29:57. Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan menempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
29:59. Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka.
29:60. Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah memberi rezeki untuknya dan kamu! Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
29:61. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menundukkan matahari dan bulan?" mereka akan berkata, "Allah." Maka bagaimanakah mereka dipalingkan?
29:62. Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
29:63. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami.
29:64. Kehidupan dunia ini adalah tiada, melainkan satu hiburan dan satu permainan; sesungguhnya tempat kediaman akhir ialah Kehidupan, jika mereka mengetahui.
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka menyekutukan,
29:66. Kerana mereka tidak percaya (kafir) kepada apa yang Kami memberikan mereka, dan mereka bergembira; mereka pasti akan mengetahui!
29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami membuatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?
29:68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia mendustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?
29:69. Tetapi orang-orang yang berjihad untuk Kami, sungguh, Kami akan memberi petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berbuat baik.