Surah 30

ORANG-ORANG ROM

(60 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

30:1. Alif Lam Mim.

30:2. Orang-orang Rom dikalahkan,

30:3. Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan mereka, mereka akan mengalahkan,

30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin bergembira,

30:5. Dengan pertolongan Allah; Allah menolong sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

30:6. Janji Allah! Allah tidak memungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:7. Mereka mengetahui bahagian yang lahir daripada kehidupan dunia, tetapi terhadap akhirat, mereka lalai.

30:8. Apa, tidakkah mereka memikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri memakmurkan; dan rasul-rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.

30:10. Kemudian kesudahan orang-orang yang membuat kejahatan ialah kejahatan, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.

30:11. Allah memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula, kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.

30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.

30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya.

30:16. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.

30:17. Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi.

30:18. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.

30:19. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.

30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia mencipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu menjadi manusia, bertaburan di merata-rata.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu menginginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa yang di langit dan di bumi; semua patuh kepada-Nya.

30:27. Dan Dia yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula, dan hal itu amat mudah bagi-Nya. Bagi-Nya persamaan yang tertinggi di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

30:28. Dia membuatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami merezekikan kamu, supaya kamu menjadi sama padanya, dengan kamu menakuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:29. Tidak, tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan janganlah menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,

30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.

30:33. Apabila penderitaan menyentuh manusia, mereka menyeru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia merasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Pemelihara mereka,

30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir) pada apa yang Kami memberikan mereka. "Bergembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan mengetahui."

30:35. Atau, adakah Kami telah menurunkan sebarang kuasa kepada mereka, lalu ia mengatakan apa yang mereka menyekutukan dengan-Nya?

30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka bergembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.

30:37. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

30:38. Maka berilah sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itulah lebih baik bagi orang-orang yang menghendaki Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu memberikan dalam zakat, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.

30:40. Allah ialah Dia yang mencipta kamu, kemudian Dia merezekikan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang membuat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali.

30:42. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan."

30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.

30:44. Sesiapa yang tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa yang membuat kerja-kerja kebaikan, maka untuk diri-diri merekalah mereka membuat persediaan,

30:45. Supaya Dia membalas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan daripada pemberian-Nya; Dia tidak menyukai orang-orang yang tidak percaya.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia mengutuskan angin dengan membawa berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

30:47. Sesungguhnya, Kami telah mengutus sebelum kamu rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami untuk menolong orang-orang mukmin.

30:48. Allah ialah Dia yang mengutuskan angin, yang menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana yang Dia mengkehendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu melihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan apabila Dia menimpakan dengannya kepada sesiapa daripada hamba-hamba-Nya yang Dia mengkehendaki, tiba-tiba mereka bergembira,

30:49. Walaupun sebelum ia diturunkan kepada mereka, sebelum itu, mereka telah berputus asa.

30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang menghidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

30:51. Tetapi jika Kami mengutuskan angin, dan mereka melihatnya menjadi kuning, mereka sesudah itu tetap tidak percaya.

30:52. Kamu tidak akan menjadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

30:53. Kamu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu menjadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang mempercayai ayat-ayat Kami, dan menjadi muslim.

30:54. Allah ialah Dia yang mencipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia membuatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia membuatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia mencipta apa yang Dia mengkehendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

30:56. Tetapi orang-orang yang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak mengetahui."

30:57. Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan tidaklah mereka diberi keredaan.

30:58. Sesungguhnya Kami membuatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu mendatangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang yang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang membuat kepalsuan."

30:59. Begitulah Allah menutup hati orang-orang yang tidak mengetahui.

30:60. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin menggelisahkan kamu.


Daftar Surah