Surah 32

SUJUD

(30 ayat) 

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

32:1. Alif Lam Mim.

32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mendapat petunjuk.

32:4. Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

32:5. Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada perhitungan kamu.

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Yang Perkasa, Yang Pengasih,

32:7. Yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,

32:8. Kemudian Dia membuatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan menghembuskan Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia membuatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.

32:10. Mereka berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan." 

32:12. Dan sekiranya kamu dapat melihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah melihat dan mendengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan membuat kerja-kerja kebaikan kerana kami telah yakin." 

32:13. "Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.' 

32:14. Maka rasalah, kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan kamu. Rasalah azab yang berkekalan kerana apa yang kamu telah buat!" 

32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak menyombongkan diri. 

32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka berseru kepada Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka. 

32:17. Tiada jiwa mengetahui apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa yang mereka telah buat. 

32:18. Apa? Adakah dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)? Mereka tidak sama. 

32:19. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bagi mereka Taman-Taman untuk menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat. 

32:20. Tetapi bagi orang-orang yang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka menghendaki untuk keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka, "Rasalah azab Api yang padanya kamu mendustakan." 

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali. 

32:22. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa. 

32:23. Sesungguhnya Kami telah memberikan Musa al-Kitab; maka janganlah kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami membuatkan ia petunjuk bagi Bani Israil. 

32:24. Dan Kami melantik daripada kalangan mereka imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka bersabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami. 

32:25. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia membezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka, dalamnya mereka memperselisihkan. 

32:26. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah memusnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah mereka mendengar? 

32:27. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menghalau air ke bumi yang tandus, dan mengeluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri memakan? Apa, tidakkah mereka melihat? 

32:28. Dan mereka berkata, "Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?" 

32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh." 

32:30. Maka berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.


Daftar Surah