Surah 36

YA SIN

(83 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

36:1. Ya Sin. 

36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana. 

36:3. Sesungguhnya kamu adalah di kalangan para utusan, 

36:4. Di atas jalan lurus. 

36:5. Penurunan daripada Yang Perkasa, Yang Pengasih, 

36:6. Supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai. 

36:7. Wajarlah Ucapan ke atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak mempercayai. 

36:8. Sesungguhnya, Kami meletakkan pada leher-leher mereka belenggu-belenggu sampai ke dagu, lalu kepala-kepala mereka ditinggikan, 

36:9. Dan Kami meletakkan di hadapan mereka satu benteng, dan di belakang mereka satu benteng; dan Kami menutup mereka, lalu mereka tidak melihat. 

36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka atau kamu tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai. 

36:11. Kamu hanya memberi amaran kepada orang yang mengikuti Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan keampunan dan upah yang mulia. 

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan menulis apa yang mereka mendahulukan, dan apa yang mereka meninggalkan; segala sesuatu Kami menjumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata. 

36:13. Buatlah bagi mereka satu persamaan - orang-orang sebuah bandar raya apabila utusan-utusan datang kepadanya, 

36:14. Apabila Kami mengutus kepada mereka dua orang, tetapi mereka mendustakan mereka, maka Kami utus yang ketiga untuk memperkuatkan. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan kepada kamu." 

36:15. Mereka berkata, "Tiadalah kamu, melainkan manusia-manusia yang serupa dengan kami; Yang Pemurah tidak menurunkan  sesuatu. Tiadalah kamu, melainkan kamu berdusta." 

36:16. Mereka berkata, "Pemelihara kami mengetahui bahawa kami adalah utusan-utusan kepada kamu, 

36:17. Dan atas kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas." 

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih." 

36:19. Mereka berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diberi peringatan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)." 

36:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan, 

36:21. Ikutlah orang yang tidak meminta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar. 

36:22. Dan mengapakah aku tidak akan menyembah Yang memulakan aku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan? 

36:23. Apa, adakah aku akan mengambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah menghendaki kemudaratan untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak menyelamatkan aku? 

36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata. 

36:25. Sesungguhnya, aku percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!" 

36:26. Dikatakan, "Masuklah ke Taman!" Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, 

36:27. Bahawa Pemeliharaku mengampuni aku, dan Dia meletakkan aku di kalangan orang-orang yang dimuliakan." 

36:28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami menurunkan apa-apa. 

36:29. Ia hanyalah satu Teriakan, dan tiba-tiba, mereka senyap dan kaku. 

36:30. Aduhai, menyesalnya hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang rasul melainkan mereka memperolok-olokkannya. 

36:31. Apa, tidakkah mereka melihat berapa banyaknya generasi yang Kami telah memusnahkan sebelum mereka, dan tiadalah bagi mereka untuk mereka kembali? 

36:32. Mereka, kesemua mereka, akan dihadapkan kepada Kami. 

36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami menghidupkannya, dan mengeluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan, 

36:34. Dan Kami membuatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami memancarkan mata air, 

36:35. Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 

36:36. Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi menumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu. 

36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan. 

36:38. Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui. 

36:39. Dan bulan - Kami menetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang dahan palma yang tua. 

36:40. Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit). 

36:41. Dan satu ayat bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan,

36:42. Dan Kami menciptakan untuk mereka yang serupa dengan apa yang mereka tunggang,

36:43. Dan jika Kami mengkehendaki, Kami menenggelamkan mereka kemudian tidak ada yang kepadanya dimohonkan pertolongan bagi mereka, dan tidak juga mereka diselamatkan,

36:44. Melainkan sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan satu kesenangan untuk satu waktu.

36:45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang di belakang kamu supaya kamu dikasihani."

36:46. Dan tiada sesuatu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah telah merezekikan kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah menghendaki, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"

36:48. Dan mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

36:49. Mereka hanya menanti satu Teriakan untuk mengambil mereka ketika mereka sedang bertengkar, 

36:50. Kemudian mereka tidak boleh membuat sesuatu wasiat, dan tidak juga mereka kembali kepada keluarga mereka. 

36:51. Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. 

36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar." 

36:53. Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami. 

36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan apa yang kamu telah buat. 

36:55. Sesungguhnya orang-orang Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. 

36:56. Mereka dan teman-teman hidup mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. 

36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru. 

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih. 

36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini! 

36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu, 

36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus. 

36:62. Ia telah menyesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu memahami? 

36:63. Inilah Jahanam yang kamu telah dijanjikan, 

36:64. Pangganglah di dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!" 

36:65. Pada hari ini, Kami meletakkan satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka mempersaksikan terhadap apa yang mereka telah mengusahakan. 

36:66. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami menghapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke jalan, tetapi bagaimanakah mereka melihat? 

36:67. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami mengubah mereka di mana mereka berada, kemudian mereka tidak boleh maju, dan tidak juga mereka dapat kembali. 

36:68. Dan kepada sesiapa yang Kami memberikan umur yang panjang, Kami melenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka memahami? 

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. 

36:70. Supaya dia memberi amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan menjadi wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya. 

36:71. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka memiliki? 

36:72. Kami menundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan. 

36:73. Kemanfaatkan yang lain juga mereka mendapati padanya, dan minuman. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 

36:74. Namun begitu, mereka mengambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong. 

36:75. Mereka tidak boleh menolong mereka, walaupun mereka adalah tentera yang disediakan untuk mereka. 

36:76. Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu; sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka merahsiakan, dan apa yang mereka menyiarkan. 

36:77. Sudahkah manusia merenungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata. 

36:78. Dan dia membuatkan bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, "Siapakah yang menghidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?" 

36:79. Katakanlah, "Yang menghidupkannya ialah Yang menumbuhkannya pada kali pertama; Dia mengetahui segala ciptaan, 

36:80. Yang membuatkan untuk kamu daripada pokok yang hijau, api, dan tiba-tiba, daripadanya kamu menyalakan api." 

36:81. Tidakkah Dia yang mencipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui. 

36:82. Perintah-Nya, apabila Dia menghendaki sesuatu adalah untuk berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia. 

36:83. Dia disanjung, yang di tangan-Nya dominion segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.