Surah 37
YANG BERBARIS
(182 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
37:1. Demi yang berbaris dengan barisan-barisan,
37:2. Dan yang melarang dengan larangan,
37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,
37:4. Sesungguhnya Tuhan kamu Satu,
37:5. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, Pemelihara Timur-Timur.
37:6. Kami menghiasi langit dunia dengan perhiasan daripada bintang-bintang,
37:7. Dan untuk menjaga daripada setiap syaitan yang derhaka.
37:8. Mereka tidak dapat mendengar pembesar-pembesar tertinggi kerana mereka dilempar dari tiap-tiap penjuru,
37:9. Terbuang, dan bagi mereka, azab yang kekal,
37:10. Melainkan siapa yang menyambar satu bahagian kecil, dan ia diikuti oleh api yang menembus.
37:11. Maka tanyalah mereka untuk satu keputusan; adakah mereka yang lebih kuat pada ciptaan (tubuh), atau apa yang Kami cipta? Kami mencipta mereka daripada tanah liat yang melekat.
37:12. Tidak, kamu terhairan-hairan; dan mereka mengejek,
37:13. Dan, apabila mereka diperingatkan, mereka tidak ingat,
37:14. Dan, apabila mereka melihat satu ayat, mereka akan mengejek,
37:15. Dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.
37:16. Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?
37:17. Apa, dan bapa-bapa kami, yang dahulu?"
37:18. Katakanlah, "Ia, dan dalam segala kehinaan."
37:19. Sesungguhnya ia hanyalah satu teriakan, kemudian tiba-tiba mereka memerhati,
37:20. Dan mereka berkata, "Aduhai, celakalah kami! Inilah Hari Agama (Pengadilan)."
37:21. "Inilah Hari Penetapan yang padanya kamu mendustakan.
37:22. Kumpullah orang-orang yang membuat kezaliman, dan isteri-isteri mereka, dan apa yang mereka sembah,
37:23. Selain daripada Allah, dan tunjukkanlah mereka jalan Jahim!
37:24. Dan berhentikanlah mereka untuk ditanya,
37:25. 'Kenapa kamu tidak menolong satu sama lain?'"
37:26. Tidak, tetapi pada hari ini, mereka menyerahkan diri dalam ketundukan,
37:27. Dan mendekati, sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain, mereka saling bertanya.
37:28. Mereka berkata, "Sesungguhnya kamu datang kepada kami dari kanan."
37:29. Mereka berkata, "Tidak, bahkan kamu bukanlah orang-orang mukmin,
37:30. Kami tidak ada kuasa terhadap kamu; tidak, kamulah kaum yang melampaui batas.
37:31. Maka wajarlah Ucapan Pemelihara kita ke atas kita; kita merasakannya.
37:32. Demikianlah kami membuat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah."
37:33. Maka mereka semua pada hari itu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.
37:34. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa,
37:35. Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Tidak ada tuhan melainkan Allah", mereka menyombongkan diri.
37:36. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kami akan meninggalkan tuhan-tuhan kami kerana seorang penyair yang dirasuk?"
37:37. "Tidak, tetapi dia mendatangkan yang benar, dan mengesahkan para utusan.
37:38. Sesungguhnya kamu pasti akan merasakan azab yang pedih,
37:39. Dan kamu tidak dibalas melainkan apa yang kamu telah buat."
37:40. Kecuali bagi hamba-hamba Allah yang tulus,
37:41. Bagi mereka, rezeki yang diketahui,
37:42. Buah-buahan; dan mereka adalah orang-orang yang amat dimuliakan,
37:43. Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan,
37:44. Di atas sofa-sofa berada berhadapan muka,
37:45. Sebuah piala dari sebuah mata air dikelilingkan kepada mereka,
37:46. Putih, suatu keseronokan bagi peminum-peminum,
37:47. Padanya tiada kepeningan, dan tiada juga kemabukan,
37:48. Dan di sisi mereka, perawan-perawan bermata besar yang menahan gerlingan mereka,
37:49. Seakan-akan mereka mutiara-mutiara yang tersembunyi.
37:50. Mereka mendekati, sebahagian kepada sebahagian yang lain, mereka saling bertanya.
37:51. Seorang yang berkata antara mereka berkata, "Aku ada seorang teman yang dipercayai,
37:52. Yang berkata, 'Adakah kamu orang yang mengesahkan?
37:53. Apa, apabila kami telah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pembalasan?'"
37:54. Dia berkata, "Mahukah kamu melihat ke bawah?"
37:55. Kemudian dia melihat, dan melihatnya di tengah-tengah Jahim.
37:56. Dia berkata, "Demi Allah, hampir-hampir kamu membinasakan aku,
37:57. Jika tidak kerana rahmat Pemeliharaku, tentu aku termasuk orang-orang yang dihadapkan.
37:58. Apa, adakah kita tidak mati?
37:59. Melainkan kematian kita yang pertama, dan tidakkah kita diazab?
37:60. Sesungguhnya inilah kemenangan yang besar,
37:61. Dan untuk yang serupa dengan ini, hendaklah orang-orang yang beramal mengamalkan."
37:62. Adakah itu lebih baik sebagai satu sajian atau pokok zaqum?
37:63. Kami membuatnya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang zalim.
37:64. Ia adalah pokok yang keluar di akar Jahim,
37:65. Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,
37:66. Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka,
37:67. Kemudian di atasnya mereka mendapat minuman campuran air yang mendidih,
37:68. Kemudian mereka kembali ke Jahim.
37:69. Mereka mendapati bapa-bapa mereka sesat,
37:70. Dan mereka berlari di atas jejak-jejak mereka.
37:71. Sebelum mereka telah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,
37:72. Dan Kami telah mengutus di kalangan mereka pemberi-pemberi amaran,
37:73. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang diberi amaran,
37:74. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus.
37:75. Nuh telah memanggil Kami; dan betapa sangat baiknya Penyahut-Penyahut!
37:76. Dan Kami menyelamatkannya dan keluarganya daripada kecemasan yang besar,
37:77. Dan Kami membuatkan keturunannya orang-orang yang kekal,
37:78. Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:79. "Kesejahteraan ke atas Nuh di kalangan semua alam!"
37:80. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik,
37:81. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
37:82. Kemudian, selepas itu Kami menenggelamkan yang lain.
37:83. Daripada golongannya ialah Ibrahim,
37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
37:85. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?
37:86. Adakah yang dusta, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu menghendaki?
37:87. Apakah pula sangkaan kamu terhadap Pemelihara semua alam?"
37:88. Dan dia menghalakan pandangan memandangi bintang-bintang,
37:89. Dan dia berkata, "Sesungguhnya aku sakit."
37:90. Tetapi mereka berpaling daripada dia, dengan memusingkan belakang mereka.
37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?
37:92. Kenapa kamu tidak berkata-kata?"
37:93. Kemudian dia beralih kepada mereka, memukul mereka dengan tangan kanannya.
37:94. Kemudian tampil ke muka yang lain kepadanya dengan tergesa-gesa.
37:95. Berkata, "Adakah kamu sembah apa yang kamu ukir,
37:96. Dan Allah mencipta kamu, dan apa yang kamu buat?"
37:97. Mereka berkata, "Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!"
37:98. Mereka menghendaki untuk membuat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami membuat mereka orang-orang yang lebih rendah.
37:99. Dia berkata, "Aku pergi kepada Pemeliharaku; Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
37:100. Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih."
37:101. Kemudian Kami memberikan dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,
37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
37:103. Apabila mereka telah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,
37:104. Kami memanggilnya, "Wahai Ibrahim,
37:105. Kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
37:106. Ini benar-benarlah ujian yang nyata."
37:107. Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,
37:108. Dan meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:109. "Kesejahteraan ke atas Ibrahim!"
37:110. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
37:111. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
37:112. Kemudian Kami memberi dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).
37:113. Dan Kami memberkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian berbuat baik, dan sebahagian berbuat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.
37:114. Sesungguhnya Kami telah berbudi baik kepada Musa dan Harun,
37:115. Dan Kami menyelamatkan mereka, dan kaum mereka daripada kecemasan yang besar.
37:116. Dan Kami menolong mereka supaya mereka menjadi orang-orang yang menang.
37:117. Dan Kami memberi mereka Kitab yang jelas,
37:118. Dan memberi mereka petunjuk pada jalan lurus,
37:119. Dan meninggalkan keduanya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:120. "Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!"
37:121. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik,
37:122. Mereka adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
37:123. Sesungguhnya Elias adalah antara para utusan,
37:124. Apabila dia berkata kepada kaumnya, "Tidakkah kamu bertakwa?
37:125. Adakah kamu menyeru Baal dan meninggalkan pencipta Terbaik?
37:126. Allah, Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu?"
37:127. Tetapi mereka mendustakannya; maka mereka adalah antara yang dihadapkan,
37:128. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus,
37:129. Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:130. "Kesejahteraan ke atas Elias!"
37:131. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
37:132. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
37:133. Sesungguhnya Lut adalah antara para utusan,
37:134. Apabila Kami menyelamatkan dia dan keluarganya kesemuanya,
37:135. Kecuali perempuan tua yang tertinggal,
37:136. Kemudian Kami membinasakan yang lain,
37:137. Dan kamu melalui mereka pada waktu pagi,
37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu memahami?
37:139. Sesungguhnya Yunus adalah antara para utusan,
37:140. Apabila dia lari ke kapal yang penuh muatan,
37:141. Dan mencabut undi, dan dia adalah antara yang disangkalkan,
37:142. Kemudian ikan menelannya, dan dia disalahkan.
37:143. Sesungguhnya, jika dia tidak termasuk orang-orang yang menyanjung,
37:144. Tentu dia akan tinggal di dalam perutnya hingga hari mereka dibangkitkan,
37:145. Tetapi Kami melemparkan dia ke tanah yang terbiar, dan dia sakit,
37:146. Dan Kami menumbuhkan untuknya sebatang pokok labu.
37:147. Kemudian Kami mengutus dia kepada seratus ribu, atau lebih,
37:148. Dan mereka percaya; maka Kami memberi mereka kesenangan untuk suatu waktu.
37:149. Maka tanyalah mereka untuk satu keputusan - adakah untuk Pemelihara kamu anak-anak perempuan, dan mereka anak-anak lelaki?
37:150. Atau, Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?
37:151. Ingatlah, sesungguhnya daripada kedustaan mereka, mereka berkata,
37:152. "Allah beranak!" Mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
37:153. Adakah Dia memilih anak-anak perempuan di atas anak-anak lelaki?
37:154. Mengapakah kamu, bagaimana kamu memutuskan?
37:155. Tidakkah kamu mengingati?
37:156. Atau, adakah kamu satu kuasa yang nyata?
37:157. Datangkanlah kitab kamu jika kamu berkata benar!
37:158. Mereka mengadakan satu pertalian kekeluargaan antara Dia dan jin; dan jin mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan.
37:159. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyifatkan,
37:160. Melainkan hamba-hamba Allah yang tulus.
37:161. Tetapi bagi kamu, dan apa yang kamu sembah,
37:162. Tidaklah kamu memperdayakan sesuatu terhadap-Nya,
37:163. Melainkan orang yang akan dipanggang di dalam Jahim.
37:164. Tiada antara kami di sana melainkan mempunyai medan yang diketahui.
37:165. Kami adalah yang berbaris-baris,
37:166. Kamilah mereka yang menyanjung.
37:167. Sesungguhnya mereka pasti akan berkata,
37:168. "Sekiranya kami ada Peringatan daripada orang-orang dahulu,
37:169. Tentu kami menjadi hamba-hamba Allah yang tulus."
37:170. Tetapi mereka tidak percaya kepadanya; kelak mereka akan mengetahui!
37:171. Sesungguhnya Kata Kami telah pun berlalu kepada hamba-hamba Kami, para utusan,
37:172. Sesungguhnya mereka akan ditolong,
37:173. Dan tentera Kami, merekalah yang menang.
37:174. Maka berpalinglah kamu daripada mereka untuk suatu waktu,
37:175. Dan lihatlah mereka; kelak mereka akan melihat!
37:176. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?
37:177. Apabila ia turun di halaman rumah mereka, betapa buruknya pagi bagi orang-orang yang diberi amaran!
37:178. Maka berpalinglah kamu daripada mereka untuk suatu waktu,
37:179. Dan lihatlah; kelak mereka akan melihat!
37:180. Pemelihara kamu disanjung, Pemelihara Yang Mulia, di atas apa yang mereka menyifatkan!
37:181. Dan kesejahteraan ke atas para utusan,
37:182. Dan segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.