Surah 40
ORANG YANG MUKMIN
(85 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
40:1. Ha Mim.
40:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Mengetahui,
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam pembalasan sewajar-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.
40:4. Tiada, kecuali orang-orang yang tidak percaya mendebatkan ayat-ayat Allah; maka janganlah kamu tertipu dengan ulang-alik mereka di dalam negeri.
40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah mendustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan pembalasan sewajar-Ku!
40:6. Begitulah, Kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya bahawa merekalah orang-orang Api.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
40:9. Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar."
40:10. Diumumkan kepada orang-orang yang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada satu sama lain, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau mematikan kami dua kali, dan dua kali Engkau menghidupkan kami; dan kami mengakui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"
40:12. Itu adalah kerana, apabila dipanggil kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu mempercayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
40:13. Dia yang memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan menurunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu, tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.
40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang yang tidak percaya membencinya.
40:15. Yang menaikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, melemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia memberi amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,
40:16. Pada hari mereka pergi, dan tiada daripada kepunyaan mereka tersembunyi daripada Allah. "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" "Kepunyaan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.
40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang yang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.
40:19. Dia mengetahui pengkhianatan mata, dan apa yang dada menyembunyikan.
40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka meninggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah mengambil mereka dengan kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk mempertahankan mereka daripada Allah.
40:22. Itu adalah kerana rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah mengambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam pembalasan sewajar.
40:23. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
40:24. Kepada Firaun, dan Haman, dan Karun; mereka berkata, "Seorang ahli sihir yang dusta!"
40:25. Dan apabila dia mendatangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkanlah hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:27. Dan Musa berkata, "Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombongkan diri, dan tidak mempercayai Hari Perhitungan."
40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku hanya memperlihatkan kepada kamu apa yang aku memperlihatkan; aku hanya memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."
40:30. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak menghendaki untuk menzalimkan hamba-hamba-Nya.
40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil,
40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tidak ada baginya yang memberi petunjuk.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang percaya; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.
40:36. Firaun berkata, "Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali,
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:38. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.
40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil.
40:40. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa perhitungan.
40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku menyeru kamu kepada keselamatan, dan kamu menyeru aku ke Api?
40:42. Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk menyekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah orang-orang Api.
40:44. Kamu akan ingat apa yang aku mengatakan kepada kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah melihat hamba-hamba-Nya."
40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,
40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"
40:47. Dan apabila mereka berdebat-debatan di dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, "Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna kepada kami terhadap mana-mana bahagian daripada Api?"
40:48. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, "Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya."
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah rasul-rasul kamu mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
40:51. Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.
40:53. Dan Kami telah memberikan Musa petunjuk, dan Kami mewariskan Bani Israil, Kitab,
40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang yang mempunyai minda.
40:55. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.
40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dengan orang yang membuat kejahatan. Sedikit sekali kamu mengingati.
40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
40:60. Pemelihara kamu berkata, "Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."
40:61. Allah yang membuatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).
40:62. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
40:63. Begitulah dipalingkan orang-orang yang menyangkal ayat-ayat Allah.
40:64. Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam.
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
40:66. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."
40:67. Dia yang mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu menjadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
40:68. Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", dan jadilah ia.
40:69. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, bagaimana mereka dipalingkan?
40:70. Orang-orang yang mendustakan Kitab, dan apa yang dengannya Kami mengutus rasul-rasul Kami - kelak mereka akan mengetahui!
40:71. Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret,
40:72. Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar,
40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu menyekutukan,
40:74. Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah menyesatkan orang-orang yang tidak percaya.
40:75. "Itu adalah kerana kamu bergembira di bumi tanpa patut, dan kamu sangat girang.
40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!
40:77. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, atau Kami mematikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.
40:78. Kami telah mengutus rasul-rasul sebelum kamu; antara mereka, Kami menceritakan kepada kamu, dan antara mereka, Kami tidak menceritakan kepada kamu. Tiadalah bagi seseorang rasul untuk mendatangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan adil perkara diputuskan; kemudian rugilah orang-orang yang berpegang pada yang palsu.
40:79. Allah yang membuatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.
40:80. Kemanfaatkan yang lain juga kamu mendapati pada mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan di atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.
40:81. Dan Dia memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; maka ayat-ayat Allah yang manakah kamu menolak?
40:82. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka adalah lebih ramai daripada mereka sendiri, dan lebih dalam kekuatan, dan mereka meninggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, apa yang mereka mengusahakan tidak berguna bagi mereka.
40:83. Maka apabila rasul-rasul mereka datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka bergembira dengan pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka memperolok-olokkan.
40:84. Kemudian, apabila mereka melihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah menyekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang yang tidak percaya pada waktu itu.