Surah 41
YANG DIJELASKAN
(54 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
41:1. Ha Mim.
41:2. Satu penurunan daripada Yang Pemurah, Yang Pengasih.
41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,
41:4. Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar.
41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"
41:6. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyekutukan,
41:7. Yang tidak memberi zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.
41:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mendapat upah yang tidak putus-putus."
41:9. Katakanlah, "Apa, adakah kamu tidak percaya kepada-Nya yang mencipta bumi dalam dua hari, dan adakah kamu mengadakan rakan-rakan bagi-Nya? Itulah Pemelihara semua alam.
41:10. Dan Dia meletakkan di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia menentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.
41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia berkata padanya dan kepada bumi, 'Datanglah dengan rela, atau membenci!' Mereka berkata, 'Kami datang dengan rela.'
41:12. Maka Dia menentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mewahyukan perintahnya di tiap-tiap langit." Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.
41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku memberi amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."
41:14. Apabila rasul-rasul datang kepada mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, "Janganlah sembah siapa pun melainkan Allah", mereka berkata, "Sekiranya Pemelihara kami menghendaki, tentu Dia menurunkan malaikat-malaikat; maka kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."
41:15. Bagi Ad, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa patut, dan mereka berkata, "Siapakah yang lebih kuat daripada kami dalam kekuatan?" Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta mereka, Dia lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan? Dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami.
41:16. Kemudian Kami mengutus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong.
41:17. Bagi Tsamud, Kami memberi mereka petunjuk, tetapi mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan.
41:18. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya, dan bertakwa.
41:19. Pada hari apabila musuh-musuh Allah dikumpulkan ke Api, berbaris,
41:20. Sehingga apabila mereka datang kepadanya, pendengaran mereka, dan mata mereka, dan kulit-kulit mereka, menyaksikan terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah buat,
41:21. Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka, "Mengapakah kamu menyaksikan terhadap kami?" Berkata, "Allah memberi kami percakapan sebagaimana Dia memberi segala sesuatu percakapan. Dia mencipta kamu pada kali pertama, dan kepada-Nya kamu dikembalikan."
41:22. Kamu tidak dapat menutup diri kamu, supaya pendengaran kamu, dan mata kamu, dan kulit kamu, tidak mempersaksikan terhadap kamu; tetapi kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu buat.
41:23. Yang demikian itu adalah sangkaan yang kamu menyangka terhadap Pemelihara kamu, yang membinasakan kamu, maka kamu mendapati diri kamu menjadi di kalangan orang-orang yang rugi.
41:24. Kemudian jika mereka bersabar (berterusan), Apilah menjadi tempat tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk orang-orang yang diredai.
41:25. Dan Kami menentukan bagi mereka teman-teman yang dipercayai, dan mereka menampakkan indah bagi mereka apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; sesungguhnya merekalah orang-orang yang rugi.
41:26. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Janganlah mendengarkan al-Qur'an ini, dan bercakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat mengalahkan."
41:27. Maka Kami akan merasakan kepada orang-orang yang tidak percaya azab yang keras, dan Kami akan membalas mereka dengan yang paling buruk daripada apa yang mereka buat.
41:28. Itulah balasan ke atas musuh-musuh Allah - Api, di dalamnya mereka mendapati Tempat Tinggal Berkekalan sebagai balasan, kerana mereka menyangkal ayat-ayat Kami.
41:29. Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah."
41:30. Orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian, kepada mereka malaikat-malaikat turun, dengan berkata, "Jangan takut, dan jangan bersedih; bergembiralah dengan Taman yang kamu telah dijanjikan.
41:31. Kamilah wali-wali (sahabat-sahabat) kamu dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; di dalamnya kamu mendapati semua yang jiwa kamu menginginkan, dan apa yang kamu seru,
41:32. Sebagai sajian daripada yang Pengampun, yang Pengasih."
41:33. Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim"?
41:34. Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, menjadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat) yang setia.
41:35. Namun begitu, tiada yang menerimanya, kecuali orang yang bersabar; tiada yang menerimanya, kecuali orang yang mempunyai peruntungan yang besar.
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
41:38. Dan jika mereka menyombongkan diri, mereka yang di sisi Pemelihara kamu menyanjung-Nya malam dan siang, dan mereka tidak menjadi letih.
41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu melihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami menurunkan air kepadanya ia bergetar dan menggelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.
41:40. Orang-orang yang mencercai ayat-ayat Kami tidak tersembunyi daripada Kami. Apa, adakah orang yang dilemparkan ke dalam Api lebih baik, atau orang yang datang pada Hari Kiamat dengan aman? Buatlah apa yang kamu mengkehendaki; sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu buat.
41:41. Orang-orang yang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa.
41:42. Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji.
41:43. Tiada yang dikatakan kepada kamu melainkan apa yang telah dikatakan kepada rasul-rasul sebelum kamu. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai keampunan, dan mempunyai pembalasan sewajar yang pedih.
41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."
41:45. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
41:46. Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa membuat kejahatan, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak berbuat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.
41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari apabila Dia memanggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami menyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."
41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak ada tempat lari.
41:49. Manusia tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa.
41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami, sesudah kesusahan yang menyentuhnya, tentu dia berkata, "Ini kepunyaanku; aku tidak menyangka bahawa Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku, sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku." Kemudian Kami akan memberitahu orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.
41:51. Dan apabila Kami merahmati manusia, dia berpaling, dan menjauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia mempunyai doa yang tidak putus-putus.
41:52. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?"
41:53. Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di horizon, dan di dalam diri-diri mereka, sehingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah yang benar. Tidakkah cukup dengan Pemelihara kamu bahawa Dia saksi atas segala sesuatu?
41:54. Tidakkah mereka dalam keraguan mengenai pertemuan dengan Pemelihara mereka? Tidakkah Dia meliputi segala sesuatu?