Surah 43

PERHIASAN

(89 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

43:1. Ha Mim.

43:2. Demi Kitab yang jelas,

43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.

43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.

43:5. Adakah Kami akan mengenepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?

43:6. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala?

43:7. Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

43:8. Maka Kami memusnahkan orang yang lebih kuat daripada mereka dan contoh orang-orang dahulu kala berlalulah.

43:9. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Yang Perkasa, Yang Mengetahui, mencipta mereka."

43:10. Dia yang membuatkan bumi untuk menjadi sebuah buaian untuk kamu, dan Dia membuatkan jalan-jalan untuk kamu di dalamnya, supaya kamu mendapat petunjuk,

43:11. Dan yang menurunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami menghidupkan dengannya tanah (negeri) yang telah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan membuatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,

43:14. Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik."

43:15. Namun begitu, mereka mengadakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).

43:16. Atau, adakah Dia memilih untuk-Nya, daripada apa yang Dia cipta, anak-anak perempuan, dan Dia memilihkan untuk kamu, anak lelaki?

43:17. Dan apabila salah seorang antara mereka diberi berita gembira dengan apa yang dia mempersamakan dengan Yang Pemurah, mukanya (wajahnya) menjadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya.

43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?

43:19. Dan mereka membuatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka menyaksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:20. Mereka berkata, "Sekiranya Yang Pemurah menghendaki, tentu kami tidak menyembah mereka." Mereka tidak ada pengetahuan mengenai itu; mereka hanya menduga.

43:21. Atau, adakah Kami telah memberikan mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:22. Tidak, tetapi mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami mendapat petunjuk atas bekas-bekas mereka."

43:23. Begitulah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandar raya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."

43:24. Katakanlah, "Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu mendapati pada bapa-bapa kamu?" Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

43:25. Maka Kami melepaskan dendam kepada mereka; dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan.

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah,

43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku."

43:28. Dan dia membuatnya satu kata yang kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali.

43:29. Tidak, tetapi Aku memberi mereka ini dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan rasul yang jelas.

43:30. Dan apabila yang benar datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir, dan kepadanya kami adalah orang-orang yang tidak percaya."

43:31. Mereka berkata, "Mengapakah al-Qur'an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandar raya?"

43:32. Apa, adakah mereka yang membahagikan pengasihan Pemelihara kamu? Kami membahagikan antara mereka penghidupan mereka di dalam kehidupan dunia, dan menaikkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain dalam darjat, supaya sebahagian mereka mengambil yang lain dalam perhambaan; dan pengasihan Pemelihara kamu adalah lebih baik daripada apa yang mereka mengumpulkan.

43:33. Dan sekiranya manusia bukan umat yang satu, tentu Kami membuatkan untuk orang-orang yang tidak percaya kepada Yang Pemurah, bumbung-bumbung rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga, yang di atasnya mereka menaiki,

43:34. Dan pintu-pintu rumah mereka, dan sofa-sofa yang di atasnya untuk bersandar,

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,

43:37. Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk,

43:38. Sehingga, apabila dia datang kepada Kami, dia berkata, "Aduhai, sekiranya antara aku dan kamu sejauh dua Timur!" Buruknya teman yang dipercayai!

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu membuat kezaliman; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:40. Apa, adakah kamu akan menjadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan memberi petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?

43:41. Sama ada Kami menghilangkan kamu, Kami akan melepaskan dendam kepada mereka,

43:42. Atau, Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, sesungguhnya Kami mempunyai kuasa terhadap mereka.

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.

43:45. Tanyalah orang-orang daripada rasul-rasul Kami yang Kami telah utus sebelum kamu: adakah Kami membuatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?

43:46. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam."

43:47. Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka mengetawakannya.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami memperlihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami mengambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar mendapat petunjuk."

43:50. Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

43:51. Dan Firaun mengumumkan kepada kaumnya, dia berkata, "Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu melihat?

43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

43:54. Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

43:55. Maka, apabila mereka telah membuat Kami murka, Kami melepaskan dendam kepada mereka, dan Kami menenggelamkan mereka kesemuanya,

43:56. Dan membuat mereka sesuatu yang telah lalu, dan Kami menjadikan mereka satu contoh bagi orang yang kemudian.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

43:59. Dia hanyalah seorang hamba yang Kami merahmati, dan Kami membuat dia untuk menjadi satu contoh bagi Bani Israil.

43:60. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami melantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.

43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

43:64. Sesungguhnya Allah, Dia Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus."

43:65. Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,

43:68. "Wahai hamba-hamba-Ku, pada hari ini tidak ada ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih."

43:69. Orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami, dan memuslimkan diri-diri mereka,

43:70. "Masuklah ke Taman (Jannah), kamu dan isteri-isteri kamu, berjalan dengan gembira!"

43:71. Dikelilingkan kepada mereka, pinggan-pinggan leper daripada emas, dan piala-piala, dan di dalamnya apa yang jiwa menginginkan, dan yang menyeronokkan mata. "Dan di dalamnya kamu tinggal selama-lamanya.

43:72. Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa yang kamu telah buat.

43:73. Di dalamnya kamu mendapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

43:75. Itu tidak diringankan daripada mereka, dan di dalamnya mereka berputus asa.

43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.

43:77. Dan mereka memanggil, "Wahai Malik, hendaklah Pemelihara kamu mengakhirkan kepada kami!" Dia berkata, "Sesungguhnya kamu akan menetap."

43:78. "Kami telah mendatangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

43:79. Atau, adakah mereka memikirkan sesuatu perkara? Kami juga memikirkan.

43:80. Atau, adakah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar rahsia mereka, dan pembicaraan rahsia mereka? Ia, rasul-rasul Kami ada di sisi mereka untuk menuliskannya.

43:81. Katakanlah, "Jika Yang Pemurah mempunyai seorang anak, maka aku yang pertama menyembahnya.

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!"

43:83. Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka yang mereka dijanjikan.

43:84. Dan Dia yang di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.

43:85. Berkatnya Dia, yang bagi-Nya kepunyaan kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; di sisi-Nya pengetahuan mengenai Saat, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang menyaksikan pada yang benar, dan mereka mengetahui.

43:87. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak mempercayai."

43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah, "Salam!" Kelak mereka akan mengetahui.