Surah 46

BUKIT PASIR

(35 Ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

46:1. Ha Mim.

46:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

46:3. Kami tidak mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang yang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

46:4. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkanlah kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar."

46:5. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain daripada Allah, yang tidak akan menyahutinya hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?

46:6. Dan apabila manusia dikumpulkan, mereka adalah musuh-musuh bagi mereka, dan tidak percaya kepada penyembahan mereka.

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."

46:8. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat mengetahui apa yang kamu melakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."

46:9. Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil menyaksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombongkan diri? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

46:11. Orang-orang yang tidak percaya berkata mengenai orang-orang yang percaya, "Jika ia baik, mereka tidak mendahului kami kepadanya." Dan kerana mereka tidak mendapat petunjuk dengannya, tentu mereka akan berkata, "Ini adalah satu kedustaan lama!"

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

46:13. Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", dan kemudian meneguhkan, maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

46:14. Mereka itulah orang-orang Taman (Jannah), di dalamnya tinggal selama-lamanya, sebagai balasan ke atas apa yang mereka buat.

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

46:16. Mereka itulah orang-orang yang Kami menerima daripada mereka yang paling baik daripada apa yang mereka buat, dan Kami memaafkan kejahatan mereka. Mereka adalah di kalangan orang-orang Taman - janji yang benar, yang mereka telah dijanjikan.

46:17. Tetapi orang yang berkata kepada bapanya dan ibunya, "Cis, kepada kamu! Adakah kamu menjanjikan aku bahawa aku akan dikeluarkan (dibangkitkan), padahal generasi-generasi telah pun berlalu sebelum aku?" sedang keduanya memohon pertolongan Allah - "Celakalah kamu! Percayalah, sesungguhnya janji Allah benar"; kemudian dia berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

46:18. Mereka itu adalah orang-orang yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.

46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa yang mereka buat, dan supaya Dia membayar kepada mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.

46:20. Pada hari apabila orang-orang yang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Kamu telah menghilangkan benda-benda kamu yang baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina kerana kamu menyombongkan diri di bumi tanpa patut, dan kerana kamu berbuat kefasiqan.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia (Hud) memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Janganlah kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk memalingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."

46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh."

46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, "Inilah awan yang akan memberi kami hujan!" "Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan - angin yang di dalamnya azab yang pedih,

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa.

46:26. Dan Kami meneguhkan mereka apa yang Kami tidak meneguhkan pada kamu, dan Kami membuatkan untuk mereka pendengaran, dan penglihatan, dan hati; namun begitu, pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan hati mereka, tidak berguna bagi mereka sedikit pun kerana mereka menyangkal ayat-ayat Allah, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka memperolok-olokkan.

46:27. Dan Kami telah memusnahkan bandar-bandar raya yang di sekitar kamu, dan Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka kembali.

46:28. Maka mengapa mereka tidak menolong mereka, yang mereka mengambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka telah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah kedustaan mereka, dan apa yang mereka mengada-adakan.

46:29. Dan apabila Kami memalingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan melindungi kamu daripada azab yang pedih.

46:32. Sesiapa yang tidak menyahut penyeru kepada Allah, tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

46:33. Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah yang mencipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

46:34. Pada hari apabila orang-orang yang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Tidakkah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab ketidakpercayaan kamu!"

46:35. Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.