Surah 47

MUHAMMAD

(38 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

47:1. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, Allah menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka.

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

47:3. Itu adalah kerana orang-orang yang tidak percaya mengikuti yang palsu, dan orang-orang yang percaya mengikuti yang benar daripada Pemelihara mereka. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan mereka untuk manusia.

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan amalan-amalan mereka.

47:5. Dia akan memberi petunjuk kepada mereka, dan membetulkan keadaan mereka,

47:6. Dan Dia memasukkan mereka ke Taman yang Dia telah memberitahukan mereka.

47:7. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu, dan memperteguhkan kaki kamu.

47:8. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia menyesatkan amalan-amalan mereka.

47:9. Itu adalah kerana mereka benci pada apa yang Allah menurunkan, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:10. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Allah membinasakan mereka; bagi orang-orang yang tidak percaya adalah sepertinya.

47:11. Itu adalah kerana Allah Pelindung orang-orang yang percaya, dan bahawa orang-orang yang tidak percaya tidak ada pelindung bagi mereka.

47:12. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan menjadi tempat tinggal mereka.

47:13. Berapa banyaknya bandar raya yang lebih kuat dalam kekuatan daripada bandar raya kamu yang mengusir kamu yang Kami telah memusnahkan! Dan tidak ada penolong bagi mereka.

47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka mengikuti keinginan mereka?

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang yang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan keampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

47:16. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang yang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia mengatakan tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah meletakkan satu penutup, dan mereka mengikuti keinginan mereka.

47:17. Tetapi orang-orang yang mendapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia menambahkan dalam petunjuk, dan memberi mereka ketakwaan mereka.

47:18. Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka Peringatan mereka?

47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.

47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,

47:21. Ketaatan, dan ucapan yang baik. Kemudian apabila urusan telah diputuskan, dan jika mereka benar kepada Allah, ia adalah yang lebih baik bagi mereka.

47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan membuat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?

47:23. Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan, lalu menjadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka.

47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?

47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.

47:26. Itu adalah kerana mereka berkata kepada orang-orang yang membenci pada apa yang Allah menurunkan, "Kami akan mentaati kamu dalam sebahagian urusan"; dan Allah mengetahui rahsia-rahsia mereka.

47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?

47:28. Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:29. Atau, adakah orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit menyangka bahawa Allah tidak akan mengeluarkan kebencian mereka?

47:30. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah mengetahui amalan-amalan (perbuatan) kamu.

47:31. Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan menguji berita kamu.

47:32. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun memudaratkan Allah, dan Dia akan menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:33. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia.

47:34. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan kemudian mati sedang mereka tidak percaya, merekalah yang Allah tidak akan mengampuni.

47:35. Maka janganlah lemah, dan menyeru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan melucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.

47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, Dia akan memberi kamu upah kamu, dan tidak meminta kepada kamu harta-harta kamu.

47:37. Jika Dia memintanya kepada kamu, dan mendesak kamu, kamu menjadi kikir, dan Dia mengeluarkan kebencian kamu.

47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk menafkahkan (membelanjakan) di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.


Daftar Surah