Surah 56

PERISTIWA BESAR

(96 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

56:1. Apabila Peristiwa Besar turun,

56:2. Tiada yang mendustakan penurunannya,

56:3. Dengan menghinakan, dengan menaikkan,

56:4. Apabila bumi digoyangkan, kegoyangan,

56:5. Dan gunung-gunung dihancurkan, kehancuran,

56:6. Dan menjadi debu yang bertaburan,

56:7. Dan kamu menjadi tiga golongan.

56:8. Orang-Orang Kanan. Siapakah Orang-Orang Kanan?

56:9. Orang-Orang Kiri. Siapakah Orang-Orang Kiri?

56:10. Dan orang-orang Yang Mendahului; Yang Mendahului,

56:11. Mereka itulah orang-orang yang didekatkan,

56:12. Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan.

56:13. Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,

56:14. Dan sedikit sekali daripada orang-orang yang akhir,

56:15. Di atas sofa-sofa disulam emas dan permata,

56:16. Bersandar di atasnya, berhadapan muka,

56:17. Kanak-kanak yang hidup berkekalan berkeliling di sekitar mereka,

56:18. Dengan gelas-gelas yang berkaki, dan jag-jag, dan sebuah piala dari mata air.

56:19. Tiada kepeningan kepala, tiada kemabukan,

56:20. Dan buah-buahan, seperti apa yang mereka pilih,

56:21. Dan daging burung, seperti yang mereka menginginkan,

56:22. Dan pengiring-pengiring bermata lebar,

56:23. Seperti persamaan mutiara-mutiara yang tersembunyi,

56:24. Satu balasan ke atas apa yang mereka telah buat.

56:25. Di dalamnya mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"

56:27. Orang-Orang Kanan. Siapakah Orang-Orang Kanan?

56:28. Di tengah pohon-pohon bidara yang tidak berduri,

56:29. Dan pohon-pohon akasia yang berdekat-dekatan,

56:30. Dan tempat teduh yang terbentang luas,

56:31. Dan air-air yang tercurah,

56:32. Dan buah-buahan yang banyak,

56:33. Tidak terputus, dan tidak tercegah,

56:34. Dan sofa-sofa yang dinaikkan.

56:35. Sesungguhnya Kami menumbuhkan mereka, dengan penumbuhan,

56:36. Dan Kami membuatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar,

56:37. Penuh cinta, sebaya,

56:38. Untuk Orang-Orang Kanan.

56:39. Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,

56:40. Dan satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang yang akhir.

56:41. Dan Orang-Orang Kiri. Siapakah Orang-Orang Kiri?

56:42. Di tengah angin yang membakar, dan air yang mendidih,

56:43. Dan bayang asap hitam,

56:44. Tidak dingin, dan tidak juga mulia,

56:45. Dan sebelum itu mereka hidup dalam kemewahan,

56:46. Dan berterusan dalam dosa besar,

56:47. Mereka berkata, "Apa, apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

56:48. Apa, dan bapa-bapa kami yang dahulu?"

56:49. Katakanlah, "Orang-orang yang dahulu, dan orang-orang yang akhir,

56:50. Mereka dikumpulkan pada waktu yang ditetapkan, hari yang diketahui.

56:51. Kemudian kamu, wahai orang-orang yang sesat, kamu yang mendustakan,

56:52. Kamu akan memakan daripada pokok zaqum,

56:53. Memenuhkan perut-perut kamu dengannya,

56:54. Dan minum di atasnya air yang mendidih,

56:55. Dengan meminumnya seperti unta minum."

56:56. Inilah yang menjadi sajian mereka pada Hari Agama (Pengadilan).

56:57. Kami mencipta kamu; maka mengapakah kamu tidak mengesahkan?

56:58. Adakah kamu memikirkan benih yang kamu menumpahkan?

56:59. Adakah kamu sendiri yang menciptanya, atau adakah Kami Pencipta-Pencipta?

56:60. Kami menentukan antara kamu dengan kematian; Kami tidak didahului,

56:61. Supaya Kami menukarkan yang serupa dengan kamu, dan mencipta kamu lagi dalam keadaan yang kamu tidak tahu.

56:62. Kamu mengetahui pertumbuhan pertama; maka mengapa kamu tidak mengingati?

56:63. Adakah kamu memikirkan tanah yang kamu bajak?

56:64. Adakah kamu sendiri yang menyemainya, atau adakah Kami Penyemai-Penyemai?

56:65. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami membuat ia jerami yang hancur, dan kamu menjadi kepahitan,

56:66. "Kami menanggung hutang,

56:67. Tidak, kami disamun!"

56:68. Adakah kamu memikirkan air yang kamu minum?

56:69. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan-awan, atau adakah Kami yang menurunkannya?

56:70. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami membuatnya masin; maka mengapa kamu tidak berterima kasih?

56:71. Adakah kamu memikirkan api yang kamu nyalakan?

56:72. Adakah kamu yang menumbuhkan pokoknya (kayu), atau adakah Kami yang menumbuhkannya?

56:73. Kami Sendiri yang membuatnya untuk satu peringatan, dan satu kesenangan bagi penduduk padang pasir.

56:74. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.

56:75. Tidak! Aku bersumpah dengan tempat jatuh bintang-bintang,

56:76. Dan ia sesungguhnya adalah sumpah yang besar, sekiranya kamu mengetahuinya,

56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur'an yang mulia,

56:78. Dalam Kitab yang tersembunyi,

56:79. Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang dibersihkan,

56:80. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.

56:81. Apa, adakah kamu menganggap hadis ini rendah?

56:82. Adakah kamu membuatkan ia rezeki kamu untuk berdusta?

56:83. Maka mengapa tidak tatkala telah sampai di halkum,

56:84. Dan waktu itu kamu sedang memerhati.

56:85. Dan Kami lebih dekat dengannya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.

56:86. Mengapa, jika kamu tidak di bawah penguasaan,

56:87. Kamu tidak mengembalikannya, jika kamu berkata benar?

56:88. Kemudian, jika dia daripada orang-orang yang didekatkan,

56:89. Kesenangan, dan kemudahan, dan sebuah Taman Kebahagiaan.

56:90. Dan jika dia Orang Kanan,

56:91. "Kesejahteraan ke atas kamu, Orang Kanan!"

56:92. Tetapi jika dia antara orang-orang yang mendustakan, dan menjadi sesat,

56:93. Maka sajiannya daripada air yang mendidih,

56:94. Dan dipanggang di dalam Jahim.

56:95. Sesungguhnya inilah yang benar, yang diyakini.

56:96. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.


Daftar Surah