Surah 59

PENGUMPULAN

(24 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

59:1. Segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

59:2. Dia yang mengeluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka menyangka bahawa kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai mata (penglihatan)!

59:3. Jika tidak kerana Allah menuliskan (menetapkan) penyuraian bagi mereka, tentu Dia akan mengazab mereka di dunia; dan bagi mereka di akhirat, azab Api.

59:4. Itu adalah kerana mereka melawan Allah dan rasul-Nya; dan sesiapa melawan Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

59:5. Apa sahaja pohon palma yang kamu tebang, atau meninggalkannya berdiri di atas akarnya, itu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia mengaibkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

59:6. Dan apa sahaja rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah memberikan kuasa kepada rasul-rasul-Nya terhadap sesiapa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

59:7. Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

59:8. Ia adalah untuk penghijrah-penghijrah yang fakir (memerlukan), yang diusir daripada tempat tinggal mereka dan harta benda mereka, untuk mencari pemberian daripada Allah dan kepuasan hati, dan menolong Allah dan rasul-Nya; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang berhijrah kepada mereka, dengan tidak mendapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka memberikan, dan lebih menyukai yang lain di atas diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”

59:11. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang munafik, yang berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan mentaati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan menolong kamu.” Dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

59:12. Jika mereka diusir, mereka tidak akan keluar bersama mereka, dan jika mereka diperangi, mereka tidak akan menolong mereka. Sekalipun mereka menolong mereka, tentu mereka akan berpaling ke belakang, kemudian mereka tidak ditolong.

59:13. Sungguh, kamu lebih menggerunkan di dalam dada mereka daripada Allah; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandar-bandar raya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu menyangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

59:15. Persamaan orang-orang yang tidak lama sebelum mereka yang merasakan keburukan daripada urusan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, “Jangan percaya”; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.”

59:17. Kesudahan mereka, kedua-duanya di dalam Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang yang zalim.

59:18. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah. Hendaklah tiap-tiap jiwa merenungkan apa yang ia mendahulukan untuk esok. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

59:19. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Dia menjadikan mereka melupakan jiwa mereka; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

59:20. Tidaklah sama orang-orang Api dengan orang-orang Taman. Orang-orang Taman, merekalah orang-orang yang menang.

59:21. Sekiranya Kami menurunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka memikirkan.

59:22. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nampak; Dia Yang Pemurah, Yang Pengasih.

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!

59:24. Dia Allah, Yang Pencipta, Yang Mengadakan, Yang Pembentuk. Bagi-Nya nama-nama yang paling baik. Segala yang di langit dan bumi menyanjung-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.