Surah 62
YANG BERKUMPUL
(11 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
62:1. Segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, Raja, Yang Suci, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
62:2. Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
62:3. Dan yang lain daripada mereka yang belum turut bersama mereka. Dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
62:4. Itu pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar.
62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”
62:7. Tetapi mereka tidak mengingininya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah mendahulukan; Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
62:8. Katakanlah, “Sesungguhnya kematian, yang daripadanya kamu lari, akan menemui kamu; kemudian kamu dikembalikan kepada Yang Tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.”
62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
62:11. Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.