Surah 64

TIPU MENIPU

(18 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

64:1. Segala yang di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

64:2. Dia yang mencipta kamu. Seorang daripada kamu tidak percaya, dan seorang daripada kamu mukmin; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

64:3. Dia mencipta langit dan bumi dengan yang benar, dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik; dan kepada-Nya kepulangan.

64:4. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi, dan Dia mengetahui apa yang kamu merahsiakan dan apa yang kamu menyiarkan. Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

64:5. Apakah tidak datang kepada kamu berita orang-orang yang tidak percaya dahulu, kemudian merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih?

64:6. Itu adalah kerana rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan kemudian mereka berkata, “Apa, adakah manusia yang memberi petunjuk kepada kami?” Oleh kerana itu mereka tidak percaya, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Kaya, Terpuji.

64:7. Orang-orang yang tidak percaya mendakwa bahawa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah, “Ia, demi Pemeliharaku! Kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu diberitahu apa yang kamu telah buat. Itu bagi Allah mudah.”

64:8. Maka percayalah kepada Allah dan rasul-Nya, dan Cahaya yang Kami menurunkan. Dan Allah menyedari apa yang kamu buat.

64:9. Pada hari apabila Dia mengumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa mempercayai Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

64:10. Dan orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu menjadi orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya - satu kepulangan yang buruk!

64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa mempercayai Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah mengetahui segala sesuatu.

64:12. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanyalah atas rasul Kami untuk menyampaikan yang jelas.

64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk diri-diri kamu. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

64:17. Jika kamu meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, Dia akan menggandakannya untuk kamu, dan mengampuni kamu, Allah Berterima Kasih, Penyantun,

64:18. Yang Tahu yang ghaib dan yang nampak, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.