Surah 66

MENGHARAMKAN

(12 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

66:2. Allah menetapkan bagi kamu pembebasan daripada sumpah-sumpah kamu. Allah Pelindung kamu, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

66:6. Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu, dan di atasnya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mengingkari Allah pada apa yang Dia memerintahkan mereka, dan membuat apa yang mereka diperintahkan.

66:7. “Wahai kamu orang-orang yang tidak percaya, janganlah mengemukakan alasan pada hari ini; kamu hanyalah dibalas apa yang kamu buat.”

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

66:10. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya mengkhianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”

66:11. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

66:12. Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh.