Surah 71

NUH

(28 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

71:1. Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

71:3. ‘Hendaklah kamu menyembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,

71:4. Dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu mengetahui.”

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang,

71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.

71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.

71:8. Kemudian sesungguhnya, aku menyeru mereka dengan terang-terang,

71:9. Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia,

71:10. Dan aku mengatakan, ‘Mintalah ampun kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dia adalah Yang Pengampun, 

71:11. Dia akan mengutus langit kepada kamu dengan hujan lebat,

71:12. Dan membantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan membuatkan untuk kamu kebun-kebun, dan membuatkan untuk kamu sungai-sungai.

71:13. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mengharapkan keagungan pada Allah, 

71:14. Memandangkan Dia mencipta kamu berperingkat? 

71:15. Tidakkah kamu merenungkan bagaimana Allah mencipta tujuh langit berlapis-lapis, 

71:16. Dan membuatkan bulan padanya untuk cahaya, dan membuatkan matahari untuk lampu?

71:17. Dan Allah menumbuhkan kamu daripada bumi dengan penumbuhan,

71:18. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalamnya, dan mengeluarkan kamu dengan pengeluaran. 

71:19. Dan Allah meletakkan bumi untuk kamu sebagai hamparan, 

71:20. Supaya padanya kamu menyeliti jalan-jalan, jurang-jurang.’”

71:21. Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, mereka menentang aku, dan mengikuti orang yang hartanya dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya kecuali dalam kerugian,

71:22. Dan membuat tipu daya dengan tipu daya yang besar, 

71:23. Dan mereka berkata, ‘Janganlah meninggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan meninggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’

71:24. Dan mereka telah menyesatkan ramai. Janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim kecuali dalam kesesatan!”

71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak mendapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.

71:26. Dan Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang.

71:27. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”


Daftar Surah