Surah 72
JIN
(28 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,
72:2. Ia memberi petunjuk pada yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan menyekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.
72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami! - tidak mengambil kepada-Nya sama ada teman atau anak.
72:4. Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,
72:5. Dan kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.
72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,
72:7. Dan mereka menyangka, sebagaimana kamu menyangka, bahawa Allah tidak akan membangkitkan sesiapa.
72:8. Dan kami menjulur ke langit, tetapi kami mendapati ia dipenuhi dengan penjaga-penjaga yang keras, dan tahi-tahi bintang.
72:9. Kami telah duduk di sana di tempat-tempat duduk untuk mendengar; tetapi sesiapa yang mendengarkan sekarang mendapati tahi bintang yang menunggunya.
72:10. Maka kami tidak mengetahui sama ada kejahatan dikehendaki bagi orang-orang yang di bumi, atau sama ada Pemelihara mereka menghendaki kelurusan bagi mereka.
72:11. Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.
72:12. Sesungguhnya kami menyangka bahawa kami tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan tidak juga mengandaskan-Nya dengan melarikan diri.
72:13. Apabila kami mendengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang mempercayai Pemeliharanya, dia tidak takut akan pengurangan, dan tidak juga kekejian.
72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati,
72:15. Tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!”
72:16. Sekiranya mereka lurus (tegak) di atas jalan (tarekat), tentu Kami memberi mereka minum daripada air yang melimpah,
72:17. Supaya Kami menguji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.
72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.
72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.
72:20. Katakanlah, “Aku hanya menyeru Pemeliharaku, dan aku tidak menyekutukan dengan-Nya sesiapa.”
72:21. Katakanlah, “Sesungguhnya aku tidak memiliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk kemudaratan atau untuk kelurusan.”
72:22. Katakanlah, “Daripada Allah, yang melindungi aku tiada sesiapa, dan aku mendapati, selain daripada-Nya, tiada perlindungan,
72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.”
72:24. Sehingga, apabila mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, maka mereka mengetahui siapa yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan lebih sedikit bilangannya.
72:25. Katakanlah, “Aku tidak mengetahui sama ada apa yang kamu dijanjikan dekat, atau sama ada Pemeliharaku membuatkan untuknya satu tempoh yang panjang.
72:26. Yang Tahu yang ghaib, dan Dia tidak memberitahu yang ghaib-Nya kepada sesiapa,
72:27. Melainkan hanya kepada rasul yang Dia merelai dengannya; kemudian Dia menyusupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,
72:28. Supaya Dia mengetahui bahawa mereka telah menyampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia menjumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.