Surah 74

YANG BERSELUBUNG

(56 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

74:1. Wahai kamu yang berselubung,

74:2. Bangun, dan berilah amaran!

74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,

74:4. Dan pakaian kamu, bersihkanlah,

74:5. Dan kecemaran, tinggalkanlah!

74:6. Janganlah berbudi, dengan mengharapkan pulangan yang lebih banyak,

74:7. Dan bersabarlah untuk Pemelihara kamu.

74:8. Kerana apabila trompet dibunyikan,

74:9. Hari itu hari yang besar,

74:10. Bagi orang-orang yang tidak percaya, tidaklah mudah. 

74:11. Tinggalkanlah Aku dengan orang yang Aku telah cipta sendirian,

74:12. Dan membuatkan baginya harta yang banyak,

74:13. Dan anak-anak yang berdiri di hadapannya,

74:14. Dan membuatkan segalanya licin baginya, selicin-licinnya.

74:15. Kemudian dia menginginkan supaya Aku menambahkan.

74:16. Tidak sekali-kali! Dia berdegil terhadap ayat-ayat Kami,

74:17. Dan Aku akan memaksa dia kepada satu pendakian yang sukar.

74:18. Sesungguhnya, dia memikirkan dan menetapkan,

74:19. Kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

74:20. Lagi, kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

74:21. Kemudian dia memerhatikan,

74:22. Kemudian dia bermuka masam, dan bertambah masam,

74:23. Kemudian dia berundur, dan menyombongkan diri.

74:24. Dia berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang direka-reka,

74:25. Tiadalah ini, melainkan ucapan manusia.”

74:26. Sungguh, Aku akan memanggangkan dia di dalam Saqar,

74:27. Dan tahukah kamu apa ia Saqar?

74:28. Ia tidak membiarkan, dan tidak juga meninggalkan seseorang,

74:29. Yang menghanguskan manusia.

74:30. Di atasnya sembilan belas.

74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.

74:32. Tidak sekali-kali! Demi bulan,

74:33. Dan malam apabila ia berundur,

74:34. Dan subuh (pagi) apabila ia menyinari,

74:35. Sesungguhnya ia satu daripada yang paling besar,

74:36. Sebagai satu pemberi amaran bagi manusia,

74:37. Bagi sesiapa antara kamu yang menghendaki untuk maju atau mundur.

74:38. Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa yang ia mengusahakan,

74:39. Melainkan Orang-Orang Kanan,

74:40. Di dalam Taman-Taman, mereka saling bertanya, 

74:41. Mengenai orang-orang yang berdosa,

74:42. “Apakah yang mengasakkan kamu ke dalam Saqar?”

74:43. Mereka berkata, “Kami tidak termasuk orang-orang yang menyembah,

74:44. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin,

74:45. Dan kami terjun bersama orang-orang yang terjun,

74:46. Dan kami mendustakan Hari Agama (Pengadilan),

74:47. Sehingga yang Yakin datang kepada kami.”

74:48. Kemudian pengantaraan daripada pengantara-pengantara tidak bermanfaat kepada mereka.

74:49. Mengapakah dengan mereka, bahawa mereka berpaling daripada Peringatan,

74:50. Seakan-akan mereka keledai yang terkejut,

74:51. Yang lari di hadapan singa?

74:52. Tidak, tiap-tiap lelaki antara mereka menghendaki supaya diberi naskhah-naskhah gulungan yang terbuka.

74:53. Tidak sekali-kali! Tetapi mereka tidak takut akan akhirat.

74:54. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya ia Peringatan,

74:55. Maka sesiapa yang menghendaki akan mengingatinya.

74:56. Dan mereka tidak mengingatinya, kecuali apa yang Allah mengkehendaki; Dia yang wajar ditakuti, dan wajar untuk keampunan.


Daftar Surah