Surah 76

MANUSIA

(31 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?

76:2. Kami mencipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat.

76:3. Sesungguhnya Kami memberinya petunjuk pada jalan, sama ada dia berterima kasih, atau tidak berterima kasih (kafir).

76:4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan belenggu-belenggu, dan yang Menyala.

76:5. Sesungguhnya orang-orang yang taat akan minum daripada sebuah piala yang campurannya kamfor,

76:6. Sebuah mata air, yang meminumnya hamba-hamba Allah, dengan memancarkannya berlimpah-limpah.

76:7. Mereka menepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana.

76:8. Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan,

76:9. “Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak menghendaki balasan daripada kamu, dan tidak juga kesyukuran,

76:10. Kerana kami takut, daripada Pemelihara kami, akan suatu hari yang muram, mendatangkan kecelakaan.”

76:11. Maka Allah melindungi mereka daripada kejahatan hari itu, dan mendapatkan untuk mereka cahaya dan kegembiraan,

76:12. Dan membalas mereka kerana mereka bersabar dengan sebuah Taman, dan sutera,

76:13. Di dalamnya mereka bersandar di atas sofa; di dalamnya mereka tidak melihat matahari, dan tidak juga kedinginan yang sangat.

76:14. Dekat mereka tempat teduhnya, dan tandan-tandannya direndahkan serendah-rendahnya,

76:15. Dan dikelilingkan kepada mereka bejana-bejana perak, dan piala-piala kristal,

76:16. Kristal daripada perak yang mereka ukur dengan suatu ukuran.

76:17. Dan di dalamnya mereka diberi minum dengan sebuah piala yang campurannya halia,

76:18. Di dalamnya sebuah mata air yang namanya dipanggil Salsabil.

76:19. Kanak-kanak yang hidup berkekalan berkeliling di sekitar mereka; apabila kamu melihat mereka, kamu menyangka mereka mutiara-mutiara yang bertaburan,

76:20. Apabila kamu melihat mereka, kamu melihat kebahagiaan dan kerajaan yang besar.

76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka memberi mereka minum dengan minuman yang bersih. 

76:22. “Sesungguhnya inilah balasan untuk kamu, dan usaha kamu disyukuri.”

76:23. Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan,

76:24. Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.

76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,

76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.

76:27. Sesungguhnya mereka ini mencintai yang cepat (dunia), dan meninggalkan di belakang mereka satu hari yang berat.

76:28. Kami mencipta mereka, dan Kami menguatkan persendian mereka; dan apabila Kami mengkehendaki, Kami menukarkan dengan yang serupa mereka, dengan pertukaran.

76:29. Sesungguhnya ini Peringatan; maka sesiapa yang menghendaki, mengambil kepada Pemeliharanya satu jalan.

76:30. Tetapi kamu tidak mengkehendaki kecuali Allah mengkehendaki; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

76:31. Dia memasukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan bagi mereka azab yang pedih.