Surah 84

BERPECAH BELAH

(25 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

84:1. Apabila langit berpecah belah,

84:2. Dan ia patuh kepada Pemeliharanya, dan sewajarnyalah ia!

84:3. Apabila bumi dibentangkan,

84:4. Dan melemparkan keluar apa yang di dalamnya, dan mengosongkannya,

84:5. Dan ia patuh kepada Pemeliharanya, dan sewajarnyalah ia!

84:6. Wahai manusia, kamu bekerjakeraslah terhadap Pemelihara kamu, dengan sungguh-sungguh keras, dan kamu akan menemui-Nya.

84:7. Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya,

84:8. Sungguh, dia akan diperhitungkan dengan perhitungan yang mudah,

84:9. Dan dia balik kepada keluarganya dengan gembira.

84:10. Tetapi bagi orang yang diberi kitabnya di belakang punggungnya,

84:11. Dia akan menyeru untuk kebinasaan,

84:12. Dan dia dipanggang di yang Menyala.

84:13. Dia telah tinggal di kalangan keluarganya dengan gembira,

84:14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak akan dikembalikan.

84:15. Ia, benar; Pemeliharanya melihatnya.

84:16. Tidak! Aku bersumpah dengan senja,

84:17. Dan malam, dan apa yang ia menyelubungi,

84:18. Dan bulan apabila ia penuh,

84:19. Sungguh, kamu menunggang peringkat demi peringkat.

84:20. Maka apakah yang mengapakan mereka supaya tidak mempercayai,

84:21. Dan apabila al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?

84:22. Tidak, tetapi orang-orang yang tidak percaya mendustakan,

84:23. Dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.

84:24. Maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih,

84:25. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka upah yang tidak putus-putus.