Surah 99

KEGONCANGAN

(8 ayat) 

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

99:1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang keras,

99:2. Dan bumi mengeluarkan beban-bebannya,

99:3. Dan manusia berkata, "Mengapakah ia?"

99:4. Pada hari itu, ia menceritakan beritanya,

99:5. Kerana apa yang Pemeliharanya mewahyukannya. 

99:6. Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan (perbuatan) mereka, 

99:7. Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, 

99:8. Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya.


Daftar Surah