Surah 106

ORANG QURAISY

(4 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

106:1. Kerana ketenangan Quraisy,

106:2. Ketenangan mereka berpergian pada musim sejuk, dan musim panas!

106:3. Maka hendaklah mereka menyembah Pemelihara Rumah ini,

106:4. Yang memberi mereka makan daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan.