Daftar Surah
Halaman Utama   Perpustakaan   Terkini   Artikel   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Sudut Pelajar   Soalan Lazim   Hiasan   Penemuan   E-Mail
English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman


Bacaan
untuk Peringatan

Download Bacaan.docx


Pembetulan

Mohon maaf atas segala kesilapan. Ia tidak disengajakan.

Ayat-ayat Bacaan setelah dibetul dengan huruf/perkataan berwarna merah seperti di bawah:


Tarikh Pembetulan:

3 Okt 2011:

9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah menuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin mempercayakan (tawakal)."
(Entah macam mana perkataan itu terpadam dalam edisi ke-2 ini kami tidak tahu! Harap maaf.)

25:54. Dan Dia yang menciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.
(Terima kasih kepada saudara emi_samad.)


25 Sept 2011:

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku berpuas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir rasul dan kamu kerana kamu mempercayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan menginginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan; dan sesiapa antara kamu yang berbuat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

68:12. Penghalang kebaikan, pencabul yang berdosa,


30 Ogos 2011:

38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku mencintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga matahari tersembunyi di belakang hijab (tabir).
(perkataan matahari dipadam kerana tidak wujud di dalam ayat - terima kasih kepada ruflwest)


27 Ogos 2011:

2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh diri-diri (sesama) sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.


1 Ogos 2011:

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia berpaling; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan mendatangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
(Tambah "j" untuk menjadi kebajikan)


21 Mei 2011:

18:88. Tetapi orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka baginya balasan paling baik, dan kami akan mengatakan kepadanya daripada perintah kami, yang mudah."

18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat amalan (kerja-kerja) kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.