Salamun alaikum
 

 Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Kepada-Nya dipohon agar Dia mengizinkan Bacaan untuk Peringatan Edisi Kedua dapat diterbit selepas penerbitan edisi pertama beberapa bulan lalu.

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan para pembaca terjemahan al-Qur’an yang kian bertambah, maka pada peluang keemasan ini sempat dibuat beberapa pembaikan atas ayat-ayat Bacaan yang kelihatan harus dibaiki, termasuk perkara-perkara yang tidak begitu ketara, dari semasa ke semasa.

Semoga edisi kali ini, seperti yang sudah-sudah, mampu menemukan para pembaca dengan Kebenaran walaupun ia bukan dalam bahasa asal yang tidak mengandungi sebarang kebengkokan.

"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan.” (2:286)


Allah disanjung!

Othman Ali
28 Oktober 2011