Solat Lengkap
(satu pendapat)
From: "mohd yusmin mohd yusoff"
Subject: Solat Lengkap An-nisa Ayat 101-103
Date: Monday, May 19, 2003 10:41 AM
Salamu alaikum
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menghayati al-Quran dan al-Islam dengan jelas. Saya berharap agar saudara (pengurus lama) dapat meneruskan usaha dan kebajikan saudara.
Email ini hanyalah untuk mendapatkan kepastian (melalui perbincangan dan pendapat) tentang beberapa perkara berkenaan solat seperti mana di dalam surah surah An-nisa Ayat 101 hingga 103:
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
Penjelasan dan tunjukajar berkenaan dengan perlakuan solat yang lengkap pada ayat-ayat di atas adalah amat jelas sekali seperti:
1) Dibenarkan memendekan solat (qasar) atas sebab dua situasi seperti yang dijelaskan pada ayat 4:101. (Solat jamak tiada pada mana-mana ayat)
2) Cara memendekkan solat diterangkan pada ayat 4:102 iaitu dengan perlakuan “berdiri” dan terus “sujud”, tanpa perlakuan “tunduk” (rukuk). Ini boleh kita fahami dengan membaca ayat berkenaan secara “jujur” tanpa ada “imaginasi” dan penambahan. “Raka’at” tidak ada langsung disebut.
3) Jika sekiranya “solat pendek” adalah “berdiri” dan “sujud”, maka “solat panjang” adalah “berdiri”, “tunduk” dan “sujud”.
4) Teknik solat ketika darurat (peperangan misalannya) dijelaskan, juga pada ayat 4:102.
5) Allah haruslah di ingati sentiasa.
6) Lakukan solat seperi biasa (solat panjang: berdiri, tunduk dan sujud) apabila keadaan menjadi tenteram.
7) Lakukan solat pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Semoga kita hayati bersama-sama
Salam
Salamun alaikum saudara. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami dan juga atas kesudian saudara memberi sedikit pendapat mengenai solat. Semangat ingin berkongsi pendapat yang saudara tunjukkan sangat dialu-alukan. Semoga saudara terus memberi sumbangan yang bermanfaat demi kemuliaan ajaran kitab al-Qur'an.
Merdeka!
31 Ogos 2003
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles