Untuk Hasrat Azami
dan orang-orang lain yang seumpamanya
From: "Ramlan Hamzah"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: syabas
Date: Sunday, September 12, 2004 10:52 PM
Salamun alaikum
Alhamdulilah tuan telah kembali mengaktifkan laman tuan. Selama 9 bulan saya mengintai-intai laman tuan tetapi saya kecewa. Namun pada malam ini saya membuka ke sekian kalinya dan saya mendapati bahawa laman tuan hidup kembali. Teruskan perjuangan tuan.
Tentang orang seperti hazrat...(saya lupa namanya) biarkan dia dengan labu-labunya seperti Abu Jahal dengan konco-konconya. Mereka berbahas dengan cara yang paling jelek. Mereka sangup buat apa sahaja untuk melemahkan semangat orang lain yang ingin mencari dan mendapatkan kebenaran. Orang macam ini jangan dilayan, dia akan membuang masa dan tenaga kita. Kalau dia nak makan daging kucing, biarkan dia makan. Kalau dia nak makan ular sawa sekalipun biar dia makan. Itu hak dia. Orang biadab seperti ini akan berkawan dengan orang biadab yang sama juga dengan golongan mereka. Biarkan mereka.
Tuan perlu melayan orang yang ingin mendapatkan kebenaran dan petunjuk. Surah Abasa memberi kita pedoman bagaimana harus kita bertindak kepada orang yang ingin mencari kebenaran.
Mereka akan kecundang dan tewas. Mereka mengikut apa yang datuk nenek mereka amalkan dan mereka mengikut dan mengamalkan sangkaan-sangkaan mereka tanpa berpandukan kepada ajaran yang benar dan meyakinkan. Sebab itulah umat islam sekarang ini dipijak dan dihinakan oleh bangsa penjajah yang mereka tahu bahawa umat "islam" hari ini tidak lagi mengikut ajaran islam yang sebenar. Islam hari ini ialah islam ikutan yang diubah dari ajaran sebenar alQ. Matlamat barat untuk menghancurkan umat islam hampir terlaksana kini kerana mereka yakin bahawa orang islam ketika ini tidak lagi berpegang kepada kita suci itu.
Wallah hu a'lam.
TKasih.
Salamun alaikum saudara Ramlan. Terima kasih atas peringatan yang tepat lagi wajar. Sesungguhnya kami perlu diperingatkan dari semasa ke semasa. Semoga kekuatan yang ada pada saudara menjadi pendorong bagi semua yang berpegang pada al-Qur'an.
12 September 2004
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles