Allah menyatukan hati manusia

 

 

From: "susanti rhetami"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Salamun'alaikum
Date: Tuesday, September 21, 2004 10:59 PM

Salamun'alaikum

Puji syukur saya panjatkan kehadirat Allah yang telah membuktikan ayat-ayatnya dengan jelas.

Saya adalah salah seorang pembaca dari Indonesia. Saya tinggal di Bogor sebagai seorang ibu rumah tangga. Pada kesempatan ini saya berterima kasih kepada penulis halaman web site ini yang telah memberikan wawasan dalam menafsirkan ajaran Allah di dalam Al Qur'an. Terus terang saya baru saja membuka e-mail dari saudara dari Bogor-Dhanti-walaupun ia telah menulisnya hampir setahun yang lalu. Di sinilah saya merasakan bahwa Allah membuktikan ayatnya bahwa dengan hati yang jernih tanpa adanya kepentingan pribadi yang menghalanginya maka Allah akan mempersatukan hati walaupun kita terpisah jauh.

Sekali lagi terima kasih....

 

Salamun alaikum, saudari. 

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Semoga saudari seisi keluarga sentiasa berada dalam kesejahteraan seperti firman-firman-Nya yang berbunyi,

"dan sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:38)

"Ia, sesiapa yang menundukkan wajahnya  (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:112)

Kami tertarik dengan kata-kata saudari mengenai mempersatukan hati. Kami ingin memanjangkan lagi perkara itu, bukan kerana hendak tunjuk pandai, tetapi sebagai peringatan bagi kita semua.

Hati disatukan dengan tali Allah, dan hanya Allah yang menyatukan hati manusia. Rasul pun tidak mampu menyatukannya walaupun baginda membelanjakan kesemua yang ada di dalam bumi. Ayat-ayat yang berkaitan berbunyi,

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)

"Dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya kamu (Muhammad) menafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana." (8:63)

Bagi kami, satu tanda penyatuan dan persaudaraan ialah memberi salam hormat menurut ajaran Allah iaitu Salamun alaikum. Kemesraan dapat dirasa apabila mendengarnya.

Kami akhiri dengan satu pertanyaan - adakah Dhanti yang saudari maksudkan itu sebenarnya Dhanti Mawar yang pernah menulis kepada kami?

Terima kasih. Salam.

22 September 2004

Senarai pengirim E-Mail


Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman