Respon artikel "Jin"

 

From: Jamal's
To: e_bacaan@yahoo.com
Subject: Respon artikel "Jin di Dalam Quran"
Date: Wednesday, March 16, 2005 10:52 PM

Salam,

Saya baru selesai membaca artile terbaru saudara yg bertajuk "Jin di dalam Quran". Saya bersetuju dgn pendapat saudara bahawa syaitan-syaitan itu daripada golongan jin dan manusia.

Dengan ini saya berharap, tidak ada lagi suara-suara sumbang yg mengatakan bahawa di dunia ini wujud 3 jenis makhluk iaitu jin, manusia, dan syaitan.

Disini juga saya ingin bertanya jika perkataan syaitan itu ada maknanya didalam kamus ataupun bahasa arab, atau ianya mmg kata nama? 

Sekian. Salamun alaikum.


Salamun alaikum saudara Jamal, dan Terima Kasih.

Begitulah apa yang diajar oleh pihak tertentu, iaitu syaitan adalah suatu makhluk yang tersendiri, bukan daripada jin mahupun manusia. 

Maaf kami bertanya - Mengapa mereka tidak merujuk kepada ajaran Allah, al-Qur'an? Bagaimana mereka dapat dipisahkan daripada ajaran-Nya?

Kamus Dewan turut dipengaruhi oleh ajaran mereka. Menurutnya, perkataan syaitan bermakna sj (sejenis) makhluk halus yg jahat (menggalakkan orang buat jahat dsb); -> setan.

Memang seperti yang saudara katakan. Kami difahamkan bahawa perkataan al-Qur'an 'syaitan' adalah jenis kata nama yang maskulin. Jamaknya syaiatin. Maknanya (dalam bahasa Inggeris) Shaitan, Satan, devil, fiend. Kami merujuk kepada sebuah Concordance dan sebuah kamus Arabic-English seperti yang dicatat di halaman Pengenalan bagi Bacaan.

Salam.
 

18 Mac 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman